Bahaya Memakai Earphone Telefon Bimbit Ketika Tidur

In KESIHATAN, TERKINI

Telefon bimbit atau handphone adalah satu kemudahan yang wajib ada pada seseorang pada abad ini. Terdapat satu alat atau accessoris pada telefon bimbit untuk memudahkan pengguna mendengar audio dengan lebih jelas dan kuat yang dinamakan earphone telefon bimbit. Namun tahukah anda, dengan memakai earphone telefon bimbit semasa tidur boleh membahayakan nyawa sesorang kerana boleh menyebabkan renjatan elektrik yang membawa maut

Seringkali kita mendengar berita atau cerita mengenai seseorang terkena renjatan elektrik semasa tidur akibat menggunakan telefon bimbit ketika tidur namun tidak mengendahkan kerana menyangka itu hanyalah cerita palsu. Di bawah saya kongsikan berita yang membuktikan penggunaan telefon bimbit semasa tidur terutamanya memakai earphone telefon bimbit membahayakan nyawa.

 

Berikut Sumber Berita Daripada Sinarharian.com.my

Remaja maut terkena renjatan telefon bimbit

bahaya earphone telefon bimbit
image dari sinarharian.com.my

REMBAU – Seorang remaja lelaki meninggal dunia ketika sedang tidur akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gaing Baru Pedas di sini, semalam.

Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, disedari meninggal dunia oleh ibunya jam 12.45 tengah hari selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, ibu mangsa yang telah pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama anaknya berasa tidak sedap hati apabila mendapati mangsa tidak bangun dari pagi.

“Sebelum keluar jam 7.45 pagi untuk pergi kerja, wanita berkenaan yang berusia 51 tahun melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di lantai bilik tidur dan menyangkanya masih tidur.

“Tapi, apabila pulang ke rumah untuk makan tengahari, mangsa dilihat masih berada dalam posisi sama,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, wanita itu cuba mengejutkan mangsa, tetapi tidak menunjukkan sebarang tindak balas selain mendapati badannya sejuk.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan pada fizikal mangsa tiada kesan lebam atau luka kecederaan melainkan di telinga sebelah kirinya ada kesan darah.

“Ketika itu mangsa sedang memakai ‘earphone’ dan telefon bimbitnya yang berada bersebelahan telinganya sedang dicas,”katanya.

Anuar Bakri berkata, abang mangsa yang cuba mematikan suis turut mendapati terdapat kesan renjatan elektrik pada wayar itu.

Katanya, laporan bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Tuanku Jaafar Seremban hari ini mengesahkan mangsa meninggal akibat renjatan elektrik.

 

Telefon bimbit adalah satu kemudahan yang memudahkan urusan kita sehari-hari. namun ia juga boleh membahayakan diri atau nyawa kita sekiranya leka atau menggunakannya dengan salah seperti memakai earphone telefon bimbit ketika tidur. Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua.. sekian.

 

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu