Awet Ikan: Suntik Air Mayat Pada Ikan

In BLOGGER

Suntik Air Mayat Pada Ikan

Amalan segelintir peniaga mengawet ikan dengan menggunakan air mayat untuk mengaut keuntungan terutamanya di Sabah amat membimbangkan. Ini kerana ikan yang di letakkan atau disuntik dengan bahan pengawet mayat mampu mengawet ikan dan bertahan lebih lama selama tiga bulan.

Daerah di Sabah yang sering mengamalkan mengawet ikan ini adalah Daerah Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Keningau. Jika memakan ikan yang Telah di suntik dengan air mayat, ia boleh membunuh secara perlahan-lahan kerana akan mendapat penyakit seperti barah atau kanser dalam jangka masa panjang

Antara ikan yang sering di suntik dengan bahan ini adalah ikan-ikan yang bersaiz besar seperti ikan putih, ikan merah, ikan kayu dan banyak lagi.

Walaupun telah dipantau oleh Jabatan Perikanan tetapi mereka masih lagi degil dan tidak mengendahkan amaran dan pantauan dan terus meneruskan aktiviti tersebut semata-mata ingin mengaut keuntungan walaupun beberapa peniaga telah diambil tindakan di bawah undang-undang akta racun 1952.

___________________________________________

KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau memandang serius kegiatan segelintir pembekal ikan ke daerah pedalaman khususnya di Keningau dipercayai telah memasukkan ubat ‘Pengawet Mayat’ ke dalam ikan menggunakan suntikan berdasarkan rakaman video yang dihantar ke pihak APS.
Justeru, Jabatan Perikanan dan juga lain-lain agensi yang berkaitan digesa agar melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pembekal-pembekal ikan sebelum ianya diedarkan atau dijual ke setiap daerah di negeri ini, kata Pengerusinya Paul Kadau, ketika memberitahu pemberita pada Ahad.
APS Keningau telah menerima rakaman video iaitu pembekal-pembekal sedang memasukkan ubat pengawet mayat itu ke dalam ikan mengunakan ‘injection’ namun tidak diketahui jenis pengawet yang digunakan, tegasnya.
“Saya difahamkan perbuatan ini sudah lama diamalkan oleh beberapa pembekal ikan agar ikan laut kelihatan segar dan tahan lama tanpa menghiraukan kesihatan orang ramai.
“Ramai penduduk terutama sekali pembeli ikan merungut dan merasa hairan mengapa rasa kelazatan ikan laut sejak kebelakangan ini apabila dimakan rasanya tidak sedap terutama sekali apabila digoreng,” ujarnya.
Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS berkata, beliau tidak bermaksud untuk menyalahkan para penjual ikan di mana-mana pasar ikan di pedalaman kerana mereka sebenarnya langsung tidak menyedari masalah tersebut.
Tambahnya, pihak berkuasa terutama sekali Jabatan Perikanan agar mengambil perhatian serius perkara tersebut serta mengambil tindakan tegas mengikut undang undang yang sedia ada terhadap pembekal ikan yang didapati mengunakan ubat mayat.
Hal ini kerana, perbuatan sedemikian tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesannya akan menjejaskan kesihatan manusia pada keseluruhannya secara jangka panjang, tegasnya
sumner: Sabah Kini

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu