Apakah Itu Penyakit Tibi Dan Adakah Penyakit Tibi Boleh Sembuh?

In KESIHATAN
penyakit tibi boleh membawa maut

Apakah itu penyakit tibi? Adakah penyakit tibi boleh sembuh? adakah penyakit tibi boleh berjangkit? Asalammualaikum semua, artikel kali ini kita akan membahas tentang penyakit yang begitu sinonim di negara kita kerana banyak kes penyakit tibi dilaporkan berdasarkan data survelan TB 20 tahun kebelakangan ini.

Apakah Itu Penyakit Tibi?

Sebenarnya penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang kedua tertinggi di Malaysia. Penyakit tibi berpunca daripada sejenis kuman iaitu kuman Mycobacterium tuberculosis.

Seperti yang kita tahu, kebiasaanya penyakit akan menyerang paru-paru. Tapi sebenarnya penyakit ini juga boleh menyerang bahagian badan lain seperti buan pinggang, tulang belakang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan banyak lagi.

bahaya penyakit tibi kepada kita

Adakah Tibi Membawa Maut?

Ya betul, sekiranya penyakit ini tidak dirawat, ia boleh membawa maut. Tahukan anda, kes kematian akibat penyakit tibi di Malaysia adalah 1,000 hingga 2,000 direkodkan setiap tahun dan purata 6 kematian setiap hari di Malaysia.

Lebih serius kes baharu tibi yang direkodkan dianggarkan antara 20,000 hingga 25,000 setahun.

Antara punca kematian pesakit tibi adalah kerana lewat mendapatkan rawatan. Oleh itu, rawatan awal penyakit tibi adalah amat perlu.

apakah itu penyakit tibi yang anda tidak tahu

Baca juga: Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu

Adakah Penyakit Tibi Boleh Berjangkit?

Ya, tepat sekali. Penyakit ini mudah berjangkit kepada sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur. Jika seseorang daripada keluarga atau rakan sekerja kita telah dijangkiti tibi, ia akan mudah menjangkiti kita dan orang sekelilingnya.

Bagaimana Penyakit Tibi Boleh Merebak?

Sekiranya seseorang telah dijangkiti penyakit ini, ia mudah menjangkiti pada orang lain melalui udara sewaktu seseorang itu:

  • Bersin
  • Menyanyi
  • Bercakap
  • Batuk

Orang yang berdekatan mungkin akan  menyebut udara yang bercampur dengan bakteria tibi ( Mycobacterium tuberculosis ) dan mungkin akan dijangkiti tibi.

Apakah Tanda Dan Gejala penyakit Tibi?

Ada beberapa tanda dan gejala sekiranya seseorang itu telah mendapat jangkitan kuman tibi ( Mycobacterium tuberculosis ). Antaranya ialah:

  • Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan.
tanda-tanda penyakit tibi yang anda tidak tahu

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Penyakit Tibi?

Sebenarnya sesiapa sahaja berisiko mendapat penyakit ini. Namun ada beberapa keadaan di mana seseorang itu berisiko tinggi mendapat penyakit ini.

Terdapat 4 kumpulan orang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit tibi.

1. Mereka yang tinggal sebumbung dengan orang yang telah dijangkiti penyakit ini contohnya keluarga sendiri ataupun rakan serumah.

2. Seseorang yang tinggal di persekitaran yang tidak baik dan tidak bersih seperti gelandangan, Penjara, dan Institusi penjagaan seperti rumah orang tua dan tempat perlindungan.

3. Individu yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah seperti:

  • Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus),
  • Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV),
  • Kanser,
  • Malnutrisi / Kurang zat makanan
  • Chronic Obstructive Pulmonary Disease,
  • Penyakit buah pinggang di peringkat akhir

4. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup tidak sehat seperti:

  • Penyalah-gunaan dadah
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Perokok

Selain di atas, satu lagi situasi yang boleh mendapat resiko seseorang itu mendapat penyakit tibi apabila seseorang berapa berdekatan dengan pesakit dan seseorang yang mempunyai sistem daya imuniti yang rendah.

Apakah Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Tibi?

Ada beberapa cara pencegahan penyakit ini, di antaranya ialah:

  1. Wajib diberi Suntikan imunisasi BCG kepada bayi yang baru lahir sebagai langkah pencegahan peringkat awal.
  2. Mendapatkan suntikan imunisasi BCG dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  3. Sekiranya seseorang mengalami batuk-batuk yang berterusan selama lebih dari dua minggu, wajib pergi berjumpa dengan doktor untuk diuji kahak dan juga semua ahli keluarganya juga wajib membuat pemeriksaan.

Adakah Penyakit Tibi Boleh Sembuh?

Sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan dengan sempurna, penyakit ini sebenarnya boleh sembuh.

Walaubagaimanapun sekiranya pesakit tidak menghabiskan rawatan dengan sempurna, risiko yang berkemungkinan adalah kuman TB akan menghasilkan daya rintangan / daya tahan terhadap ubat TB yang digunakan dan menyebabkan ubat itu kurang / tidak berkesan terhadap kuman TB itu

Oleh itu, amat penting sekali pesakit menghabiskan rawatan yang diberikan.

Untuk rawatan tibi, selalunya pesakit akan menerima rawatan selama 6 bulan dan walaupun mereka sudah berasa sehat, namun perlu menghabiskan waktu itu untuk menerima rawatan agar mendapat rawatan yang sempurna.

Baca juga:

You may also read!

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

7 Makanan Diet Untuk Kesihatan Yang Betul Agar Kurus Dan Sihat

Saya nak kurus, Makanan Diet saya, kena buang nasi dari menu harian saya. so saya kena elakkan makan nasi.

Read More...
Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka

Kenali Jenis Jerawat Yang Selalu Tumbuh Di Muka Dan Di Badan

Mungkin semua orang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat pada muka. Walaubagaimanapun, jerawat sebenarnya bukan sahaja tumbuh pada muka,

Read More...
ikhtiar doa sakit gigi

Doa Sakit Gigi Agar Sembuh Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa kaedah dan doa sakit gigi agar sembuh. Sebelum itu, admin nak

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu