7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

In KESIHATAN
7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

Apakah itu Stress? Adakah Stress itu bahaya? menurut Portal http://www.myhealth.gov.my Stress adalah – Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Stress juga dikategorikan sebagai tekanan, bebanan, keletihan, kebimbangan, kemurungan ( Anxiety Disorder ), bebanan, keletihan, hilang semangat, panik, tidak bermaya dan tekanan.

Walaupun stress sebenarnya adalah perkara normal dalam kehidupan kita namun kalau stress tidak ditangani dengan betul, boleh mendatangkan bahaya.

apa yang perlu anda tahu tentang stress

Bahaya Stress

1. Sukar Mengawal Emosi

Mengikut kajian, walaupun tahap stress masih rendah namun sudah mampu menghilangkan keupayaan mengawal emosi kita.

Bayangkan kalau kita sedang memandu dalam keadaan stress, tentu kita tidak dapat fokus terhadap pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

2. Serangan Jantung

Bahaya stress seterusnya ialah stress boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

Stress kalau tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan penyempitan arteri atau saluran arteri mengeras, rentak jantung tidak normal, seterusnya mendapat serangan jantung yang boleh membawa maut.

Baca Juga:

3. Stress Melemahkan Sistem Imun

Sistem imun penting untuk melawan penyakit. Stress boleh melemahkan sistem imun kita seterusnya tubuh kita senang mndapat penyakit.

4. Gangguan Sistem Penghadaman

Jika Stress tidak ditangani dan menjadi kronik, bahaya stress kepada sistem penghadaman kita. Antara tanda lazim gangguan penghadaman tersebut adalah sembelit, makanan susah dihadam, gastrik, Cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain.

5. Sindrom metabolik

Sindrom Metabolik adalah kombinasi daripada penyakit-penyakit seperti darah tinggi, diabetes, masalah kolestrol, penyakit jantung dan obesiti. Orang yang berisiko terkena sindrom Metabolik adalah yang menghadapi masalah stress yang serious.

6. Meningkatkan Tekanan Darah

Stress yang melampau boleh meningkatkan tekanan darah seseorang. Selain daripada sakit kepala kerana tekanan meningkat, stress berisiko mendapat strok kerana tekanan darah meningkat yang berpunca daripada bahaya stress hingga dapat memperpendek usia.

7. Gangguan Tidur

Stress menyebabkan bebanan fikiran dan juga emosi yang dapat menggangu tidur anda yang juga dikenali insomnia. Jika dibiarkan, bahaya stress kepada tubuh badan akibat daripada masalah tidur.

Hadapi stress diperingkat awal lagi agar tidak menjadi stress kronik yang boleh membahayakan diri.

Ada beberapa cara dan kaedah untuk mengawal, menghilangkan stress dan mengurangkan stress.

Sudah Baca? Cara Atasi Stress Berlebih Dengan Mudah Sekali

Baca Juga: 4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

7 Bahaya stress yang perlu anda tahu

Baca juga cara menghilangkan stress di bawah dengan kaedah 10B: Sumber http://www.myhealth.gov.my

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B

Kaedah 10B ini adalah :-

  1. bertenang
  2. bernafas dengan dalam
  3. berkata `rilakslah’/ tak mengapa
  4. beribadat
  5. bercakap dengan seseorang
  6. berurut
  7. berehat dan mendengar muzik
  8. beriadah
  9. bersenam
  10. berfikiran positif

Bertenang. 
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat.  
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut.  
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.

Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik. 
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah. 
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.


Bersenam.  
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

Berfikiran positif.
Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda

Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.

Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.

10B langkah bijak menangani stres.

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu