6 Petanda Tubuh Perlukan Rehat Serta Merta!

In KESIHATAN
Petanda Tubuh Perlukan Rehat Serta Merta

Adakah tubuh perlukan rehat setelah sekian lama bekerja, bersukan dan sebagainya? jawapannya ya. Sememangnya tubuh badan perlukan rehat yang cukup. Sedangkan mesin atau jentera pelukan rehat setelah bekerja inikan pula tubuh manusia. Otot, otak, organ-organ lain dalam badan semuanya perlukan rehat untuk menjamin kesihatan anda.

So apa yang kita perlukan untuk merehatkan tubuh badan kita agar tubuh sentiasa sihat dan bertenaga? sudah tentu tidur yang cukup, kurangkan stress, merehatkan badan, pergi bercuti dan sebagainya.

Bagaimana pula kita mengetahui tubuh perlukan rehat dengan serta merta? artikel ini akan berkongsi beberapa tanda tubuh perlukan rehat serta merta, jika tidak, masalah kesihatan lain akan timbul dan boleh membahayakan diri kita.

Petanda Tubuh Perlukan Rehat Serta Merta

1. Kadar Denyutan Jantung Tidak Normal

Salah satu tanda yang mudah untuk dirujuk adalah kadar denyutan jantung anda tidak normal iaitu lebih laju dari biasa. Kadar degupan jantung normal adalah 60 hingga 100 degupan per minit. Sekiranya mengalami situasi seperti ini iaitu lebih laju dari kebiasaannya, di nasihatkan untuk berehat atau pergi berjumpa dengan doktor. Rehatlah secukupnya, boleh jadi situasi ini terjadi kerana anda tidak cukup rehat atau dalam keadaan tertekan.

2. Mengalami Kecederaan

Jangan melakukan apa-apa aktiviti terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan lasak sedangkan anda mengalami kecederaan. Sekiranya mengalami kecederaan, anda dinasikatkan untuk rehat serta merta. Kecederaan akan lebih teruk sekiranya anda memaksa untuk melakukan aktiviti dalam keadaan cedera.

3. Tahap Motivasi Merundum

Berasa tidak dapat menyelesaikan masalah atau kerja walaupun kerja itu biasa anda buat. Motivasi diri untuk membuat atau menyelesaikan kerja merundum dan kemungkinan akan stress. dalam situasi ini tubuh perlukan rehat agar mendapat keyakinan semula untuk menyelesaikan kerja yang anda buat.

4. Sering Marah

Pada tahap ini tubuh memerlukan rehat serta merta. Kenapa? waktu ini, anda tidak dapat mengawal emosi serta terlalu sensitif walaupun dengan perkara kecil atau perkara remeh temeh yang sebenarnya mudah untuk diselesaikan. Punca terjadi mungkin tekanan kerja, masalah keluarga, dan sebagainya. Jangan siksa diri, rehat lah, ambil penyelesaian yang betul.

5. Badan Letih Tanda Tubuh Perlukan Rehat

Badan letih atau tidak bertenaga disebabkan bekerja atau bersukan tanda tubuh perlukan rehat serta merta dan jangan ditangguh. Untuk badan kembali bertenaga, rehat yang cukup adalah yang paling utama.

6. Sakit Kepala (Migrain)

Sakit kepada juga berpunca daripada tekanan, rehat yang tidak cukup, tidur tidak cukup dan sebagainya. Sakit kepala juga perlukan rehat. Perasan tak, selepas anda rehat terutamanya selepas bangun daripada tidur yang cukup, sakit kepala anda hilang begitu sahaja.

Ada banyak cara untuk tubuh kita berehat. Selain daripada tidur yang cukup dan bersantai di rumah, berkelah atau pergi bercuti adalah langkah bijak untuk berehat. Tidak ada cara lain untuk menjadikan tubuh kita kembali bersemangat dan bertenaga selain rehat yang cukup. Rehat yang cukup menjamin kesihatan anda.

Semoga bermanfaat..

Baca Juga: Kekalkan Kesihatan Anda, Bagaimana?

Baca Juga: 10 Kebaikan Bekam Darah Untuk Kesihatan Tubuh

You may also read!

toturial Cara Menggunakan Kinemaster

Cara Menggunakan Kinemaster: Ubah Background Video – Toturial By Rolland

Pernah menggunakan Kinemaster? Kinemaster adalah sebuah aplikasi untuk membuat dan mengedit video melalui android. Bagi yang tidak mempunyai PC,

Read More...
Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Badan Dan Kecantikan Diri – Amalan Sunnah

Khasiat Madu Kelulut telah terbukti melalui kajian sains dari segi perubatan. Selain itu ia adalah amalan sunnah iaitu salah

Read More...
haiwan ular jenis ular tedung

Jenis Ular Yang Perlu Anda Tahu Untuk Langkah Keselamatan

Sebut sahaja ular mesti banyak di antara kita yang takut, geli dan fobia dengan haiwan jenis ini. Apa tidaknya

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu