4 Petua Berkesan Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin

In KESIHATAN

Sudah tentu seorang wanita yang bergelar ibu risau dan susah hati apabila perut mereka akan buncit kesan daripada mengandung selama sembilan bulan lebih. Realitinya perut wanita akan buncit apabila selepas bersalin dan ramai para ibu akan mencuba bermacam-macam cara dan petua  kempiskan perit buncit wanita selepas bersalin. Entri kali ini akan memberi sedikit petua dan panduan cara kempiskan perut buncit wanita selepas bersalin yang berkesan sekiranya mengamalkannya.

Baca Juga: Cara Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Berkesan

4 Petua Berkesan Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin

Petua 1 – Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin.  (Bengkung)

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita memakai bengkung selapas sahaja bersalin. Sememangnya bengkung berkesan untuk mengembalikan bentuk perut wanita selepas bersalin kepada bentuk asal. Bengkung mempunyai dua jenis iaitu bengkung moden dan tradisional. Bagi wanita yang bersalin secara bedah, tidak digalakkan memakai bengkung tradisional tetapi memakai jenis bengkung moden. teknik memakainya ialah kemas dan ketat serta dipakai beberapa jam di waktu pagi.

Petua 2 – Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin. (Kerap Susukan Bayi)

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat menyusukan bayi di antaranya ialah mempercepatkan pengecutan rahim. Kepada ibu di sarankan agar kerap menyusukan bayi mereka agar mendapat manfaat daripadanya.

Petua 3 – Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin. (Madu Dan Lemon)

Campuran madu dan lemon mampu kempiskan perut buncit wanita termasuk selepas bersalin. Dengan mengunakan kaedah campuran segelas air suam + setengah sudu teh madu + jus leman mampu memberikan bentuk perut yang ideal pada wanita selepas bersalin.

Petua 4 – Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin. (Menjaga Pemakanan)

Pemakanan merupakan hal yang penting untuk kempiskan perut buncit. tiada gunanya mengamalkan petua 1,2,3 di atas sekiranya pemakan tidak dijaga. Amalkan pemakanan yang sihat dengan menghindarkan makanan berminyak dan berlemak. Banyakkan meminum air agar sistem pencernaan lancar kerana selalunya wanita sedang hamil kerap mengalami sembelit. selepas bersalin bolehlah minum air lebih atau secukupnya agar perut buncit kembali normal.

Baca Juga: Lakukan Hal Ini Agar Anda Sentiasa Sihat

Baca Juga: Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

Itulah sedikit petua dan panduan kempiskan perut buncit wanita selepas bersalin. Apa yang penting adalah usaha dan kesabaran serta tekad untuk kempiskan perut buncit. Semoga entri ini memberi info yang berguna kepada ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Selamat mencuba..

You may also read!

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Mudahnya Bayar Bil Secara Online Tanpa Beratur

Pernah bayar bil? mesti pernahkan? perhatikan setiap bulan terutamanya apabila hari gaji masuk, kuanter seperti Pejabat Pos, Kuanter Bank,

Read More...
8 Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Makanan Yang Harus Dielak Ketika Perut Kosong

Artikel kali ini kita akan berkongsi sedikit info namun sangat berguna dalam kehidupan seharian kita iaitu makanan yang harus

Read More...
pohon bajakah penyembuh kanser

Pohon Bajakah Penyembuh Kanser : Penawar Penyakit Kanser

Heboh baru-baru ini di negara jiran kita iaitu Indonesia terdapat satu pohon yang di percayai mampu menjadi penyembuh penyakit

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu