10 Kebaikan Bekam Darah Untuk Kesihatan Tubuh

In KESIHATAN
kebaikan bekam darah untuk kesihatan

10 Kebaikan Bekam Darah Untuk Kesihatan Tubuh – Kebaikan bekam darah sememangnya tidak dapat dipertikan lagi. Berbekam adalah satu amalan yang berfaedah dan banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Berbekam ada salah satu Sunnah Nabi kita yang diamalkan sejak dahulu lagi dan menjadi satu cara rawatan atau rawatan alternatif penyembuhan pelbagai penyakit.

Di Malaysia sendiri, Masyarakat menerima kaedah ini dan menjadikan ia satu alternatif rawatan. Selain itu masyarakat selain yang beragama islam juga mengakui kebaikan bekam darah untuk kesihatan tubuh.

Baca Juga: Makanan Berangin Yang Harus Dielakkan

Entri kali ini saya akan kongsikan 10 kebaikan bekam darah untuk kesihatan tubuh badan kita.

1. Mengurangkan Kesakitan

Kaedah bekam mempunyai kesan yang sama dengan kaedah urut badan yang bermanfaat untuk melegakan kesakitan otot pada badan. Selain itu berbekam dapat melembutkan tisu otot dan membantu melegakan otot-otot yang

2. Melancarkan peredaran darah.

Antara lain kebaikan bekam darah adalah melancarkan peredaran darah. berbekam mampu mengeluarkan darah kotor dan toksin dan penyumbatan pada salur darah.

3. Menghilangkan Sakit Kepala.

Sekiranya mengalami sakit kepala atau migrain, kaedah berbekam mampu menghilangkan sakit tersebut dengan kaedah berbekam di bahagian kepala.

4. Menyembuhkah Penyakit Kronik

Berbekam mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, menghalang penyimpitan pembuluh darah dan banyak lagi.

5. Meringankan badan.

Kaedah berbekam mampu meringankan badan. dengan mengeluarkan darah-darah kotor terutamanya bahagian belakang tubuh, badan akan rasa segar dan ringan setelah berbekam.

6. Mengatasi Racun

Contohnya terkena gigitan haiwan berbisa, kaedah berbekam boleh digunakan semantara mendapatkan rawatan antidot di hospital. Dengan kaedah berbekam dapat menghalang bisa racun daripada binatang tersebut untuk masuk ke jantung.

7. Mambuang Angin Badan.

Angin dalam badan akan hilang dengan berbekam. Apabila seseorang berbekam iaitu dengan menggunakan bekam darah atau bekam kering, angin dalam badan akan keluar. Selain itu mampu melancarkan sistem perkumuhan dan sistem pernafasan.

8. Kesihatan Mata

Kaedah bekam mampu menajamkan penglihatan dengan melancarkan peredaran darah sekitar kawasan mata. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur

9. Menyihatkan Tubuh.

Metabolisma badan akan meningkat disebabkan sel darah kotor akan keluar dan sel-sel darah yang baru akan terhasil seterusnya badan akan menjadi sihat.

10. Gangguan Makhluk Halus

Selain kebaikan bekam darah pada fizikal, berbekam juga mampu membuang anasir gangguan-gangguan makhluk halus yang tinggal di dalam darah dan menggangu aliran darah.
Antara Orang-orang berpengaruh atau ahli sukan yang terkenal mengamalkan kaedah Bekam dan percaya kepada manfaat serta kebaikan bekam darah:
Kelebihan bekam darah pada ahli sukan
Kelebihan bekam darah pada ahli sukan
Kelebihan bekam darah pada ahli sukan
Kelebihan bekam darah pada ahli sukan
Kelebihan bekam darah pada ahli sukan

Amalan berbekam sangat bermanfaat pada kesihatan tubuh. Banyak kebaikan bekam darah yang menjadikan badan menjadi sihat dan mencegah dari pelbagai penyakit kronik. Semoga entri 10 kebaikan bekam darah untuk kesihatan tubuh ini memberi info berguna kepada pembaca.

You may also read!

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...
Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati

Punca Penyakit Asma Dan Cara Mengubati Asma

Apakah itu Penyakit Asma? Penyakit asma atau lebih dikenali dalam masyarakat kita lelah, adalah satu keadaan di mana saluran

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu