Tukar Timing Belt Kereta Kali Pertama

In LAIN-LAIN
tukat timing belt kereta

Tukar Timing Belt Kereta Kali Pertama – Pengalaman tukar timing belt kereta. Bayangkan setelah kereta berusia 8 tahun baru nak tukar. nasib baik tak putus waktu memandu. Setahu saya kos untuk repair kalau putus timing belt mengjangkau ribu ringgit juga lah.

Waktu service minyak pelincir hari tu, adik mekanik rekemen untuk tukar timing belt kereta sekali kerena menurutnya timing belt dah kritikel dan nipis. Nasib baiklah sempat detect sebelum ada masalah.

Beli Timing Belt

Tanya harga timing belt dekat kedai, ada sedikit terkejut la. harga dalam RM250 belum campur upah bagi kereta jenis Saga BLM. Upah pasang RM150. alamat RM400 melayang.

Disebabkan kos tukar timing belt tinggi, saya cari pula ikhtiar lain. saya pilih kaedah online di Laman web Shopee. Cari dan cari akhirnya jumpa one set timing belt yang murah. RM117 tidak termasuk kos penghantaran ke Sabah. Kalau di kira dengan kos penghantaran sekali sebanyak RM126.25.

tukat timing belt kereta

Barang original jenama Gaido dengan 3 tahun warranty atau 100,000 km ( mana-mana yang sampai dulu).

Barang Dari Shopee

Item timing belt dari shopee cepat sampai. hari ini order esoknya sampai. Saya rekemen kalau nak beli Part kereta di Shopee beli melalui kedai online SM Auto Part. service cepat dan barang cepat sampai.

tukar timing belt kereta

barang sampai dengan selamat.

2 tukar timing belt kereta

3 tukar timing belt kereta

Barang lengkap dengan 1 timing belt, 3 oil seals dan 1 bearing. Semuanya dalam keadaan baik.

Proses Repair

4 tukar timing belt kereta

Keadaan timing belt yang mulai rosak dan tunggu masa nak putus.

 

tukar timing belt kereta 1

Gambar di atas timing belt dah ganti dengan timing belt yang baru.

Lama juga nak ganti timing belt ni. Dekat dalam 2 jam juga lah sebab banyak part nak buka sana sini. Tapi syukurlah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah. Selepas ini tak ada yang nak risau lagi kalau memandu sebab dah tukar timing belt yang baru. Untuk pembaca di luar sana, saya nasihatkan agar menjaga dengan menganti timing belt mengikut yang di syorkan bagi mengelakkan kerosakan enjin dan melibatkan kos yang tinggi.

 

 

 

You may also read!

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta by rolland

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta | Review by Rolland

Bateri kereta adalah salah satu komponen yang amat penting. Kuasa elektrik yang terdapat pada bateri bertindak untuk memastikan kereta

Read More...
Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga

Read More...
Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Artikel ini saya kongsikan pula Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama tersebut. Sebelum ini saya ada kongsikan artikel

Read More...

2 commentsOn Tukar Timing Belt Kereta Kali Pertama

  • Salam, bos
    mcm mn feedback pakai gaido daei shopee tu..plan nk beli jgk la utk saga blm saya? tolong sy boss

    • Salam..
      Setakat ni pakai ok, tak da masalah.. Yang penting barang ori, tidak kira la jenama apa. N timing belt jemama gaido ni memang ori saya order dari shopee.. Jauh lagi murah banding d kedai part..

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu