Terbongkar!! Manfaat Minum Air Putih Pada Tubuh

In KESIHATAN
khasiat minum air putih

Manfaat Minum Air Putih Pada Tubuh – Nisbah air dalam badan kita adalah 6:10 atau 60% kandungan badan kita adalah air. Air sangat bermanfaat pada tubuh termasuk sistem pencernaan, penyerapan, peredaran, penghasilan air liur, sebagai pengangkutan nutrisi dan mengawal suhu badan. Manfaat minum air putih memang begitu penting dan menjadi satu keperluan untuk tubuh berfungsi dengan baik. Bayangkan sekiranya tubuh badan kita kekurangan air, pasti berbagai masalah akan timbul.

Baca Juga: Manfaat Makan Buah Pada Kesihatan

Terbongkar!! Manfaat Minum Air Putih Pada Tubuh

Ada beberapa manfaat minum air kosong yang utama dan yang harus kita tahu agar kita sedar kepentingan meminum air pada tubuh badan kita. Di antaranya adalah;

1. Melancarkan Sistem Pencernaan

Meminum air secukupnya dapat melancarkan sistem pencernaan badan kita dan dapat mengelakkan masalah sembelit. Selain itu, minum air yang secukupnya dapat meningkatkan metabolisma yang turut membantu proses penghadaman badan kita.

2. Mengurangkan Risiko Kanser

Ada Kajian dibuat bahawa lebih banyak kita meminum air putih, maka semakin sedikit risiko terkena kanser yang boleh membawa maut ini.

3. Mengawal Kalori

Air dalam tubuh berfungsi mengawal kalori dalam badan dan seterusnya mengelakkan daripada menjadi obesiti. Dengan pengambilan air secukupnya atau 8 gelas sehari dapat menyingkirkan lemak dalam badan dan mempercepat pembakaran lemak dalam badan.

4. Membuang Toksin

Manfaat minum air putih seterusnya adalah dapat menyingkirkan toksin dalam badan dan bahan buangan lain yang tidak diperlukan oleh tubuh. Selain itu melancarkan peredaran darah yang penting bagi jantung.

5. Manfaat Buah Pinggang

Air dapat menyihatkan organ dalaman termasuklah organ buah pinggang. Meminum air secukupnya dapat menghindarkan pembentukan batu karang pada buah pinggang.

6.Mengawal Suhu

Air dapat mengawal suhu badan terutamanya pada cuaca panas. Selain itu suhu panas pada badan akan keluar melalui peluh dari badan. Dengan meminum air secukupnya, Peluh mudah untuk keluar dari badan dan seterusnya mengawal suhu dalam badan.

7. Kesihatan Kulit

Mereka yang mengamalkan meminum air secukupnya setiap hari akan menghindarkan daripada masalah kulit seperti kusam dan kering kerana dehidrasi. Dengan meminum air secukupnya, sel kulit mudah terbentuk dan menyihatkan kulit seterusnya kulit cantik dan awet muda.

Banyak lagi manfaat minum air putih sebenarnya, namun ini sahaja yang sempat saya kongsikan dan akan update dimasa yang lain. Semoga entri berkaitan dengan manfaat minum air putih pada keaihatan ini memberi info berguna pada pembaca semua. Sekian..

Wajib Baca: Anda Gastrik? Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan

 

You may also read!

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...
7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

Apakah itu Stress? Adakah Stress itu bahaya? menurut Portal http://www.myhealth.gov.my Stress adalah - Stres atau tekanan adalah

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu