Tanda Kiamat Kecil Yang Wajib Anda Tahu

Tanda Kiamat Kecil Yang Wajib Anda Tahu

Sharing is caring!

Tanda Kiamat Kecil Yang Wajib Anda Tahu

Keimanan seorang muslim ditunjangi pada enam iaitu beriman kepada ALLH, pada Malaikat, para Rasul, Kitab-kitab, hari Akhirat dan Qada dan Qadar. setiap orang mukmin wajib meyakini bahawa hari kiamat pasti akan berlaku. Tanda-tanda kiamat kecil semakin sempurna apabila diteliti.

kejadian kiamat berlaku secara tiba-tiba dan tiada seorangpun menyangka kiamat berlaku. kejadian pertama yang menimpa manusia setelah tanda-tanda kiamat muncul adalah tiupan (sangkakala) yang mengejutkan. masa itu penduduk bumi semuanya kebingungan memperhatikan persoalan yang besar itu.

Sebelum terjadinya Kiamat

beberapa tanda-tanda kiamat kecil muncul dan diikuti dengan tanda-tanda besar. berikut adalah tanda-tanda kecil kiamat:

  1. Para hamba (wanita) melahirkan tuannya.
  2. Orang dungu dijadikan pemimpin
  3. Orang miskin tinggal di banggunan tinggi
  4. Penzinaan berleluasa sehingga masuk ke dalam rumah persendirian dan dihalalkan aktivitinya serta isteri curang semasa ketiadaan suami.
  5. Berlaku perbuatan menghalalkan sutera bagi lelaki.
  6. Arak diminum berleluasa dan dihalalkan jualannya.
  7. Kaum Muslimin diserang dan dicatur oleh musuh dengan sesuka hati.
  8. Salam hanya diucapkan kepada orang dikenali sahaja dan diubahnkepada ucapan lain.
  9. manusia tidak lagi berhati-hati dalam mencari rezeki, sama ada halal atau haram.
  10. Banyaknya tersebar perbuatan bohong.
  11. Waktu menjadi singkat.
  12. Tersebarnya banyak pasar (meningkatnya kegiatan perdagangan dan perusahaan)
  13. Ilmu agama atau amalan agama berkurang.
  14. Pembunuhan berleluasa dan secara terang-terangan.
  15. Jumlah wanita melebihi lelaki.
  16. Para pemuda jahat perangai.
  17. Wanita bersolek dan berhias dengan pelbagai fesyen mendedah aurat.
  18. Lahir golongan lelaki dan wanita yang aktif di tengah masyarakat tidak berada di atas jalan Allah.
  19. Wanita ikut berkerja seperti lelaki
  20. Umat islam ikut jejak langkah yahudi dan nasrani sejengkal demi sejengkal.
  21. Muncul golongan pejuang yang mencampurkan uslub dan matlamat perjuangan dengan hak dan dan batil.
  22. Timbul pejuang yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara demonstrasi.
  23. Banyak timbul kesaksian palsu dan lenyap kesaksian yang benar.
  24. Berkembangnya kegiatan penulisan.
  25. Anak bulan mengembang (besar) dan lihat anak bulan guna teleskop.
  26. Masjid hanya dijadikan jalan raya, digambar dan dijadikan hiasan dinding, dibina dengan cantik dan dijadikan tempat berbual urusan dunia.
  27. Banyaknya kejadian mati secara mendadak.
  28. banyak jumlah polis dan pengawal keselamatan.
  29. Penjual belian jabatan atau amanah.
  30. Darah tidak berharga lagi.
  31. Al-Quran hanya untuk dilagukan.
  32. Ilmu agama dituntut dari orang yang jahil.
  33. Mewarna rambut dengan warna hitam.
  34. Lahir segolongan orang bercita-cita untuk mati.
  35. Berlaku perkara-perkara ganjil dan luar biasa.
  36. Muncul pelbagai kenderaan moden dan tradisional dikumpul di dalam zoo.
  37. Muncul kenderaan dan rumah untuk syaitan.
  38. Muncul cara hidup mewah dan boros.
  39. Umat Islam berpecah belah.
  40. Muncul para pembaca Al-Quran yang yang menjadikan Al-Quran sebagai sumber mencari keduniaan.
  41. Muncul golongan menolak sunnah.
  42. Muncul kaum Khawarij mengkafirkan sesama Islam.
  43. Munculnya fitnah-fitnah yang menyesatkan agama manusia.
  44. Diangkatnya ilmu dan diturunkan kejahilan.
  45. Banyak terjadi gempa bumi.
  46. Tanah dan bangunan runtuh.
  47. Harta hak rakyat dan negara akan diseleweng dan menjadi milik sekelompok orang tertentu.
  48. Manusia berat melaksanakan syariat agama.
  49. Seorang lelaki akan mentaati isterinya sedangkan dia derhaka kepada ibunya.
  50. Seorang lelaki bersikap memandang rendah kepada ayahnya, sebaliknya memulia dan mengkagumi temannya.
  51. Meninggikan suara di dalam masjid.
  52. Agama dipelajari bukan untuk kemaslahatan agama.
  53. Seseorang akan dihormati kerana kejahatannya.
  54. Anak-anak akan mudah menjadi pemarah.
  55. Hujan akan menkadi bencana.
  56. Perniagaan menjadi rugi.
  57. Riba berleluasa.
  58. Tiada lagi sumber rezki yang halal.
  59. Pengaruh buruk akan memasuki setiap rumah.
  60. Fitnah kesusahan dan ppelarian peperangan.
  61. Muncul Fitnah As-Sarrak, cuhaan, pengaruh buruk dan kekacauan yang disebabkan oleh harta benda.
  62. Kenenaran hadis Rasullullah s.a.w. tentang peperangan di Asia Barat.
  63. Turki ditawan semula oleh Islam sebelum kiamat.
  64. Genjatan senjata dan perdamaian antara kaum Muslim dengan Barat.
  65. Tercetusnya peperangan Armagadon.
  66. Pengkhianatan dan pelanggaran Rom ke atas perjanjian perdamaian dengan kaum Muslimin.
  67. Terjadi huru-hara dalam negara dan perseliaihan dalam perebutan kekuasaan.
  68. Persepakatan Amerika-Jepun
  69. Kering sungai Furat.
  70. Muncul bintang berekor.
  71. Kedatangan Imam Mahdi akan disusuli oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan.
  72. Hancurnya Yasyrib.
  73. Haiwan-haiwan dan makhluk mati akan berbicara dengan manusia.
  74. Keruntuhan Kaabah.
  75. Manusia jadi seperti binatang.

Kemunculan Imam Mahdi sebagai tanda Kiamat, pembatas antara tanda kiamat sedang dengan kiamat besar. Pada masa ini hampir atau telah sempurna tanda-tanda kiamat kecil dan diselangi dengan tanda tanda kiamat besar.

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *