Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu

In KESIHATAN

Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu – Sakit gastrik angin adalah satu gejala atau penyakit yang sering dialami oleh ramai orang. Dan penyakit ini jugalah yang sering diabaikan. Apabila  menjadi teruk barulah mencari penawarnya. Saya sendiri mengalami sakit gastrik angin ini dan itulah sebab saya ini ingin kongsikan sedikit info tanda dan punca sakit gastrik angin ini.

Tanda-Tanda Sakit Gastrik

1. Pedih ulu hati

Pedih ulu adalah perkara lazim yang dihadapi oleh penghidap gastrik. Keadaan ini di mana gas atau asid banyak terkumpul di bahagian perut. Keadaan ini menyebabkan ketidak selesaan di bahagian perut.

2. Kembung Perut.

Asid yang berlebihan di bahagian penghadaman menyebabkan perut kembung

3. Loya Dan Muntah

Jika sakit Gastrik angin dah teruk, penghidap akan berasa loya dan muntah-muntah. Simtom ini sering dialami oleh penghidap gastrik.

4. Sakit Kepala.

Penghidap sakit gastrik angin akan berasa sakit di bahagian kepala apabila angin gastrik naik.

Punca Sakit Gastrik

Antara punca utama sakit gastrik adalah kerana waktu makan yang tidak teratur dan sering memunda masa makan tepat atau tidak makan pada waktu yang sepatutnya.

Selain itu pemakanan yang tidak dikawal seperti gemar makan makanan yang pedas, gemar makan makanan jeruk, cuka serta makanan ringan.

Penawar Sakit Gastrik Angin

Jika memilih rawatan moden, ada beberapa ubat untuk meredakan sakit gastrik seperti Antasid, Antagonis H2 dan Perencat pam proton (PPI). Namun ubat ini tidak menyembuhkan sepenuhnya tetapi dengan disiplin pemakananlah yang dapat menyembuhkan sakit gastrik sepenuhnya melalui pengalaman sendiri.

Penawar yang paling mujarab adalah jaga pemakanan. Sekiranya sudah menghadapi sakit gastrik angin, disiplinkan diri untuk makan tepat pada waktunya. Jangan lengahkan masa makan kerana asid akan berkumpul di dalam perut yang boleh mengeruhkan sakit. Kawal pemakanan dan jangan makan makanan yang boleh memburukkan gastrik seperti merokok, makanan yang berminyak, masam, pedas dan sebagainya.

Baca Juga: Anda Gastrik? Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan

Semoga artikel ringkas ini iaitu  Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin, dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca.

You may also read!

PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit

Read More...

APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka

Read More...

Penyakit Ain Dalam Islam, Tanda, Punca Dan Penawar

Pernahkah anda dengar penyakit ain? mesti ramai yang tidak mengetahui penyakit ini bukan? Penyakit Ain bukannya penyakit biasa yang

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu