Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu

In KESIHATAN

Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu – Sakit gastrik angin adalah satu gejala atau penyakit yang sering dialami oleh ramai orang. Dan penyakit ini jugalah yang sering diabaikan. Apabila  menjadi teruk barulah mencari penawarnya. Saya sendiri mengalami sakit gastrik angin ini dan itulah sebab saya ini ingin kongsikan sedikit info tanda dan punca sakit gastrik angin ini.

Tanda-Tanda Sakit Gastrik

1. Pedih ulu hati

Pedih ulu adalah perkara lazim yang dihadapi oleh penghidap gastrik. Keadaan ini di mana gas atau asid banyak terkumpul di bahagian perut. Keadaan ini menyebabkan ketidak selesaan di bahagian perut.

2. Kembung Perut.

Asid yang berlebihan di bahagian penghadaman menyebabkan perut kembung

3. Loya Dan Muntah

Jika sakit Gastrik angin dah teruk, penghidap akan berasa loya dan muntah-muntah. Simtom ini sering dialami oleh penghidap gastrik.

4. Sakit Kepala.

Penghidap sakit gastrik angin akan berasa sakit di bahagian kepala apabila angin gastrik naik.

Punca Sakit Gastrik

Antara punca utama sakit gastrik adalah kerana waktu makan yang tidak teratur dan sering memunda masa makan tepat atau tidak makan pada waktu yang sepatutnya.

Selain itu pemakanan yang tidak dikawal seperti gemar makan makanan yang pedas, gemar makan makanan jeruk, cuka serta makanan ringan.

Gastrik Teruk (gastrik kronik)

Gastrik teruk atau gastrik kronik berlaku dimana perut mengalami keradangan dimana penyakit gastrik berlaku dalam jangka masa yang lama mengakibatkan sel perut bertukar menjadi sel-sel yang tidak normal atau dalam kamus perubatan dikenali dengan panggilan dysplasia

Antara tanda penyakit gastrik telah teruk adalah:

  1. Muntah-muntah
  2. Loya
  3. Najis berwarna hitam kerana pendarahan dalam perut
  4. Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
  5. Najis bercampur darah

Pada tahap gastrik teruk atau mengalami tanda-tanda seperti di atas, dinasihatkan agar pergi membuat pemeriksaan di klinik berdekatan.

Gastrik Ulser

Keadaan ini juga adalah gastrik teruk. selalunya terjadi disebabkan gastrik telah berlaku dalam jangka masa yang lama dan tidak diubati. Ulser pada dinding perut berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan atau luka pada dinding perut.

Tanda-tanda Gastrik Ulser:

  1. Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
  2. Najis bercampur darah

Gastrik GERD

GERD adalah gangguan pencernaan yang teruk. Juga dikenali sebagai Gastroesophageal reflux disease. GERD berlaku apabila injap otot pada hujung esofagus tidak tertutup dengan betul menyebabkan asid dalam perut mengalir semuala ke dalam saluran esofagus.

Tanda Gastrik GERD

  1. Dada terasa seperti terbakar
  2. Kerongkong pedih
  3. pedih ulu hati
  4. Batuk Kering
  5. Gejala asma
  6. Masalah menelan

Sekiranya mempunyai tanda seperti di atas dan kerap berlaku ataupun kekarapan dua kali seminggu, kemungkinan besar anda mengalami masalah GERD.

Gastrik Ketika Hamil

Jangan risau sebenarnya, kebanyakan ibu yang sedang hamil kerap mengalami masalah gastrik. Keadaan ini berlaku kerana ketika wanita hamil, tubuh akan mengalami banyak perubahan terutamanya gas dalam perut dan akan merasa ketidak selesaan yang ketara.

Semasa hamil juga, usus wanita mengandung akan bergerak dengan perlahan dan mengakibatkan masalah kerap kembung perut dan kerap sendawa untuk mengeluarkan angin.

Selain itu Hormon progesteron juga menyebabkan masalah gas berlebihan semasa ibu mengandung.

Tanda Gastrik Ketika Hamil 

  1. Tekak dan mulut terasa masam atau pahit
  2. Perut kembung
  3. Sembelit
  4. Banyak angin dalam badan
  5. Badan tidak selesa

Gastrik Ketika Puasa

Adakah berpuasa memburukan lagi penyakit gastrik? adakah boleh berpuasa sekiranya mempunyai gastrik? ini adalah antara persoalan yang sering timbul terutamanya menjelang bulan Ramadan.

Sebenarnya gastrik bukan alasan utama untuk tidak menjalani ibadah puasa sama ada di bulan Ramadan ataupun puasa-puasa lain. Bagi yang menghidap gastrik boleh mengamalkan beberapa cara atau tips berpuasa iaitu:

Cara berpuasa bagi yang menghidap gastrik

  1. Melengahkan sahur
  2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila tiba waktunya
  3. Elakkan makan makanan seperti nenas, cuka, oren
  4. Cuba elakkan makanan bergoreng
  5. Elak merokok
  6. Elak makanan yang tinggi kafein
  7. Elakkan berbuka atau sahur dengan kuantiti yang banyak

Penawar Sakit Gastrik Angin

Jika memilih rawatan moden, ada beberapa ubat untuk meredakan sakit gastrik seperti Antasid, Antagonis H2 dan Perencat pam proton (PPI). Namun ubat ini tidak menyembuhkan sepenuhnya tetapi dengan disiplin pemakananlah yang dapat menyembuhkan sakit gastrik sepenuhnya melalui pengalaman sendiri.

Penawar yang paling mujarab adalah jaga pemakanan. Sekiranya sudah menghadapi sakit gastrik angin, disiplinkan diri untuk makan tepat pada waktunya. Jangan lengahkan masa makan kerana asid akan berkumpul di dalam perut yang boleh mengeruhkan sakit. Kawal pemakanan dan jangan makan makanan yang boleh memburukkan gastrik seperti merokok, makanan yang berminyak, masam, pedas dan sebagainya.

Baca Juga: Anda Gastrik? Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan

Semoga artikel ringkas ini iaitu  Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin, dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca.

Mdekmal

You may also read!

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta by rolland

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta | Review by Rolland

Bateri kereta adalah salah satu komponen yang amat penting. Kuasa elektrik yang terdapat pada bateri bertindak untuk memastikan kereta

Read More...
Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga

Read More...
Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Artikel ini saya kongsikan pula Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama tersebut. Sebelum ini saya ada kongsikan artikel

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu