Sharing is caring!

Entry kali ini saya akan mengupas tentang Susahnya Menjadi Seorang Blogger. Sebelum menulis lebih lanjut, Artikel ini hanyalah satu pandangan dan pengalaman penulis iaitu saya sendiri dan bukan mewakili seluruh blogger. Kerana mungkin blogger lain berasa membina sebuah blog atau website adalah perkara mudah bagi mereka berbanding dengan saya.

Pada awalnya mindset dalam kepala menyatakan membuat sebuah Blog ini sungguh mudah. Dengan membina sebuah Blog, artikel-artikel dengan senang dan mudah dimasukkan ke dalam blog tersebut. Tapi pemikiran itu jauh meleset. Banyak dugaan yang kena tempuhi pabila menjadi seorang blogger. Bayangkan untuk memikirkan sebuah domain blog atau website pun tersekat begitu lama.

Pengalaman Membina Sebuah Blog Pertama.

Pengalaman pertama membuat blog bermula pada tahun 2008. Domain blog tersebut adalah percuma iaitu Bestmalaysianrecipes.blogspot.com. dan di atas hosting percuma iaitu blogger.com. melalui blog ini jugalah akaun adsense saya diluluskan dengan sekali Apply.

Pada waktu itu pembinaan blog saya tumpuhkan untuk menjana pendapatan sampingan. oleh itu saya pilih Google Adsense sebagai platform menjana pendapatan. Namun Pada ketika itu Google Adsense hanya menerima blog dalam bahasa English. Saya tidak ada pilihan lain melainkan membina sebuah blog resepi masakan dalam bahasa English walaupun sukar.

Dengan ilmu bahasa English yang tidak seberapa, untuk menulis sebuah artikel adalah sukar. Terus terang kebanyakan Resepi masakan di Copy & Paste daripada website masakan dengan sedikit di edit.

Begitulah rutin kaedah yang saya buat untuk mengisi artikel ke dalam blog. Dengan sedikit pengetahuan SEO pada ketika itu, dapatlah juga traffic blog namun belum memuaskan. Hari demi hari perasaan bosan melanda dan blog terus diabaikan. mungkin kerana terlalu tumpuhkan pada penjanaan pendapatan bukan kerana minat menulis menjadikan diri putus asa dan bosan.

Tahun demi tahun dunia blogger semakin dilupai. Betullah kata Blogger yang sudah lama dalam dunia blogging ni, kalau mind set buat blog semata-mata untuk menjana pendapatan lama kelamaan akan bosan dan terus meninggalkan dunia blogging.

Susahnya Menjadi Seorang Blogger

Susahnya Menjadi Seorang Blogger (Membina Sebuah Blog)

Blog/website Mdekmal.com adalah blog terbaru saya dengan Domain dan Hosting berbayar. Kali ini saya gunakan platfotm CMS (Content Managment System) wordpress. Untuk membina blog melalui Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) memerlukan kemahiran tertentu. walaupun tidak memerlukan kemahiran Coding yang banyak tapi untuk mentadbir adalah sukar mungkin disebabkan kurangnya ilmu dalam Sistem Pengurusan Kandungan (CMS).

Untuk mencari template percuma yang benar-benar sesuai adalah sukar ditambah lagi perlu template yang mesra SEO atau Responsive template. Untuk meningkatkan traffik blog, salah satu faktor penting adalah template yang mesra SEO.

Susahnya Menjadi Seorang Blogger (Penulisan Artikel)

Tahukah anda, Keseluruhan artikel dalam blog ini saya menulis menggunakan Smart Phone atau Gadget. Saya guna Xiomi Redmi Note 5. Bayangkan untuk menulis sebuah artikel yang baik, kita hendaklah menulis lebih dari 300 patah perkataan. Oleh kerana menggunakan gadget, terdapat banyak  typing error. Penyelesaiannya terpaksalah menulis dengan tertib.

Bagi Blogger pemula seperti saya sangat sukar untuk menulis artikel. Sehingga sekarang masih mencari-cari kaedah penulisan artikel dan gaya penulisan agar mudah dibaca dan difahami serta santai dibaca oleh pengunjung. Untuk mengupas sebuah isu kenalah mempunyai pengatahuan tetangnya. paling sedikitpun kena research sama ada buku atau maklumat melalui internet. Tahukah anda, nak melepasi 300 patah perkataan pun susah sekiranya isu yang kita kupas itu bukan dalam bidang kita.

Bab yang paling sukar adalah mencari satu bahan atau cerita hendak dikupas atau diceritakan. Tetapi masalah ini saya dapat atasi (akan dikupas pada artikel selanjutnya).

Susahnya Menjadi Seorang Blogger (Mendapatkan traffik blog)

Untuk mendapatkan traffik blog adalah bab yang paling sukar. bukan saya sahaja tetapi kebanyakan blogger terutamanya blogger-blogger baru seperti saya juga. Sehingga sekarang saya masih mencari-cari teknik dan tips yang jitu untuk menarik traffik ke blog saya. memang sukar. pada usia blog/website mdekmal.com yang masih baru, traffik blog tidak begitu memuaskan.

Susahnya Menjadi Seorang Blogger

Motivasi Diri Untuk Menjadi Blogger

Bagi yang baru dalam dunia blogger sememangnya sukar untuk membina sebuah blog yang berkualiti. Namun kunci semua ini adalah Usaha yang tidak kenal erti putus asa. Research kena banyak dan melihat contoh-contoh blog lain yang sudah berada di atas. Memang benar sekiranya menulis untuk target menjana pendapatan semata-mata, usaha akan separuh jalan. teruskan menulis kerana ingin menjadi seorang blogger bukannya untuk menjana pendapatan. Pendapatan akan datang kemudian. Tidak hairan la ada blogger yang bertahan sehingga bertahun-tahun kerana minat.

Susahnya Menjadi Seorang Blogger

 

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *