Sumbat Anak Buah Ke Dalam Mesin Dobi

Sharing is caring!

Sumbat Anak Buah Ke Dalam Mesin DobiBelum habis cerita mengenai pembunuh kucing bunting yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi, hari ini pula kita rakyat malaysia dikejutkan dengan berita terkini tentang Sumbat Anak Buah Ke Dalam Mesin Dobi dengan niat tidak disengajakan. Apa sudah jadi dengan akhlak masyarakat kita masa kini. yang lebih mengejutkan lagi, orang yang melakukan perbuatan itu adalah Bapa saudara kanak-kanak tersebut.

Mangsa merupakan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun manakala bapa saudaranya itu berumur lingkungan 20 tahun. Insiden sumbat anak buah ke dalam mesin dobi itu, di mana seorang mangsa berusia tiga tahun terperangkap di dalam sebuah mesin basuh layan diri atau dobi di Taman BukitSentosa, Rawang namun syukur anak tersebut dapat diselamatkan. Difahamkan bapa saudaranya itu hanya niat untuk bergurau namun mesin itu terkunci secara outomatik.

Dipetik dari akhbar online Mstar.com.my:

Bagaimanapun menurut pengusaha dobi, Mohamad Nazir Abd Razak, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam Isnin di premisnya itu diketahui selepas dimaklumkan bapa mangsa.

“Bapa mangsa menghubungi dan memaklumkan mengenai kejadian sebenar. Sudah pasti saya terkejut bagaimana anak dia boleh masuk dalam mesin basuh.

“Saya dimaklumkan perbuatan itu dilakukan bapa saudara mangsa dengan tujuan untuk bergurau. Saya sangka gurauan itu dilakukan kanak-kanak yang tak boleh nak berfikir, tapi lebih mengejutkan apabila diberitahu bapa saudaranya itu berusia lingkuan 20-an,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa

Berita Selanjutnya di www.mstar.com.my

Tujuan entri kalai ini bukan niat untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai ingat memperingati sesama kita agar sentiasa peka keadaan sekeliling terhadap keluarga terutamana anak-anak. Malang tidak berbau, apa-apa boleh terjadi kerana kecuaian kita sebagai ibu bapa.

Pendapat peribadi, ibubapa lah yang mengambil peranan keselamatan anak-anak sendiri. walaupun sesibuk manapun, tumpuan terhadap anak jangan abaikan. Sebagai contoh, sebelum ini tular video di media masa tentang Anak lemas ketika ibu sedang leka bermain telefon bimbit. walaupun kejadian anak lemas tersebut bukan di dalam negara tetapi biarlah itu dapat memberi peringatan pada kita bahawa kelalaian sekejap boleh mengundang padah dan penyesalan sampai bila-bila.

Baca juga: Anak lemas ketika ibu leka bermain telefon

 

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *