Sinopsis Filem PASKAL 2018

Sharing is caring!

Filem baru 2018 iaitu PASKAL antara filem yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Filem PASKAL yang bertemakan atau genre Aksi menelan belanja sebanyak RM10 juta dan diarahkan oleh Adrian Teh. Filem Paskal adalah berdasarkan kisah benar bagaimana pasukan Elit Tentra Laut atau lebih dikenali sebagai PASKAL menangani musuh negara di rentas sempadan. Apa yang menariknya, sejumlah wang kutipan daripada filem ini akan didermakan kepada Pasukan Veteran Paskal menerusi Tabung Pahlawan. Ikuti Sinopais filem Paskal 2018 di bawah:

Sinopsis Filem Paskal 2018

Mengisahkan Seorang Leftenan Komander bernama Arman Anwar salah seorang anggota pasukan Elit (TLDM) Paskal berniat untuk berhenti kerana seorang kawannya telah terkorban dan seorang lagi diberhentikan namun dihimpit dengan misi terakhir yang perlu dilaksanakan iaitu misi merampas kembali Kapal dagang bernama MV Bunga Laurel yang dirampas oleh lanun Somalia di Teluk Aden.  Selain dari itu, ibunya tidak mereatui pekerjaannya itu disebabkan ayahnya dulu seorang anggota Paskal namun telah terkorban. Dapatkah Leftenan Komander Arman Anwar dan pasukannya menyelesaikan misi tersebut? ikuti Kisahnya dalam Filem PASKAL yang sudahpun mula ditayangkan pada 27 September 2018..

 

TAJUK : PASKAL THE MOVIE
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *