SERAM, Siapakah Golongan Wanita Yang Tidak Mencium Bau Syurga

In AGAMA

Masuk ke syurga adalah impian setiap insan termasuk golongan wanita. Sewaktu di dunia, kita disarankan untuk mencari bekal untuk ke akhirat, untuk ke syurga. Setiap insan yang sedar akan kekuasaan Allah SWT, akan berusaha mencari reda di dunia ini, namun bukan semua kita akan masuk ke syurga, ia bergantung dengan amalan kita di dunia ini.

Seselesainya dari shalat Kusuf (shalat Gerhana), Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda menceritakan surga dan neraka yang diperlihatkan kepada beliau ketika shalat,

وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata mayoritas penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi mayoritas penghuni neraka, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang istri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) niscaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (HR. Bukhari no. 5197 dan Muslim no. 907).

GOLONGAN WANITA YANG TIDAK MENCIUM BAU SYURGA

1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang:

Golongan ini tidak dijumpai pada zaman Rasulullah. Wanita seperti ini banyak kita jumpai ketika ini di zaman moden. Wanita ini sebenarnya memakai pakaian namun hakikatnya telanjang.

Ulama menjelaskan wanita ini memakai pakaian tetapi nipis dan boleh tembus pandang. Satu lagi adalah memakai pakaian ketat atau mengikut bentuk badan. Kelompok ini juga mendapatkan ancaman tidak dapat masuk surga, bahkan tidak dapat mencium bagu surga.

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; kaum membawa cambuk seperti ekor sapi, dengannya ia memukuli orang dan wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, mereka berlenggak-lenggok dan condong (dari ketaatan), rambut mereka seperti punuk unta yang miring, mereka tidak masuk surga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau surga itu tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini.” (HR. Muslim)

2. Wanita yang menyemir rambutnya

Wanita dilarang untuk menyemir atau mewarnai rambutnya. Zaman moden sekarang sering kita melihat wanita mewarnai rambutnya dan ini adalah ditegah. Sabda Rasulullah SAW:

يَكُونُ قَوْمٌ يَخْضِبُونَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ بِالسَّوَادِ كَحَوَاصِلِ الْحَمَامِ لَا يَرِيحُونَ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Pada akhir zaman nanti akan ada orang-orang yang mengecat rambutnya dengan warna hitam seperti warna mayoritas dada merpati, mereka tidak akan mendapat bau surga.”(HR. Abu Daud; shahih)

3. Wanita yang minta cerai 

Golongan wanita dilarang meminta cerai tanpa alasan. Namun dalam masyarakat kita pada masa kini, kejadian isteri meminta cerai pada suami tanpa alasan, begitu banyak sekali, bahkan ada wanita yang pergi meninggalkan suami begitu sahaja. Wanita seperti ini diharamkan masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga.

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

“Siapa pun wanita yang meminta talak pada suaminya tanpa alasan maka bau surga haram baginya.” (HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad; shahih)

Baca Juga: Nabi Muhammad S.A.W: Biodata Dan Sejarah Ringkas Rasulullah S.A.W.

Baca Juga: Ayat Al-Quran Penyembuh Segala Penyakit

Semoga Allah beri taufik dan hidayah.

You may also read!

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

Kesan Stress Kepada Pelajar - Pernahkah anda mendengar berita pelajar bunuh diri atau cubaan bunuh diri akibat tertekan dan

Read More...
Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu