Sharing is caring!

Ritual Pengebumian Langit – Kebiasannya apabila seseorang meninggal dunia, mereka akan dikubur dengan kedalaman sekitar 2 meter bawah tanah. Selain itu beberapa penganut akan membakar mayat hingga menjadi abu. Tetapi lain pula kisahnya yang dilakukan oleh masyarakat Tibet ini. Mereka bukan menanam atau membakar mayat tersebut tetapi melakukan satu ritual pada mayat yang di namakan Pengebumian Langit.
Ritual pengebumian langit ini memiliki makna keagamaan bagi mereka dan mereka digalakkan untuk menyaksikan upacara tersebut. Budaya Pengebumian langit ini, di mana mayat termasuk organ dalamannya akan dipotong-potong dan diberi makan pada burung hantu¬†yang dipercayai sebagai manifestasi “Dakinis” atau malaikat. Sebelum memotong badan mayat tersebut, satu ritual atau upacara akan dilakukan termasuklah menyanyi.
Ritual ini dilakukan kerana menurut kepercayaan merek, Dakini atau malaikat akan membawa jiwa atau roh si mati ini ke syurga atau tempat berangin di mana tempat mereka menunggu saat mereka akan dilahirkan kembali ke dunia.
Apabila difikirkan, agak keterlaluan dan pelik ritual dan budaya mereka ini dan sangat ekstrim tetapi itulah yang benar-benar terjadi dan dilakukan oleh masyarakat tibet.

Bagaimana pendapat anda? Komen la sikit di ruang yang di sediakan.

 

Baca Juga: Budaya Pelik Menari Bersama Mayat Di Magadaskar

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.