Bagilah Duit Pada Ibu Bapa Agar Rezeki Melimpah

Sharing is caring!

Rezeki Melimpah – Salah satu cara mengundang rezeki adalah dengan berbakti pada ibu bapa. Dengan berkongsi rezeki pendapatan atau gaji kita kepada ibu bapa, rezeki kita akan murah dan rezeki datang tanpa diduga. Sebagai seorang anak jangan sesekali merasa terbeban untuk memberikan pendapatan atau duit gaji walaupun sedikit kepada ibu bapa kita. Walaupun pendapatan kita tak sebesar mana dan terikat dengan komitmen lain, yang penting pemberian itu ikhlas. Selalunya ibu bapa tidak menilai jumlah pemberian kita tetapi mereka akan gembira kerana kita sentiasa ingat dan tidak lupa pada mereka.

Rezeki Tidak Mencukupi

Salah satu sebab belanja seharian kita tidak mencukupi adalah kerana kita lupa berbakti pada ibu bapa yang selama berhempas pulas membesarkan kita. Amalan memberikan sedikit gaji kita dengan mengasingkan wang gaji khusus untuk ibu bapa dapat memberikan impak yang besar pada keberkatan gaji atau pendapatan kita berbanding dengan yang tamak berkongsi gaji pada ibu bapa. Banyak orang merungut gaji tidak mencukupi kerana banyaknya komitmen dan duit hilang entah kemana. Ini disebabkan hilangnya keberkatan gaji itu kerana hilangnya tanggungjawab kepada ibu bapa.

Berilah Duit Pendapatan Secara Konsisten

Dengan memberikan duit kepada ibu bapa secara konsisten menjadikan rezeki kita akan luas dan sering datang bantuan tanpa diduga. Hal ini banyak berlaku dan tidak dapat disangkal lagi. Rezeki melimpah sekiranya memberikan duit pendapatan kepada orang tua kita yang banyak berbakti pada kita.

Rezeki Dari Allah

Rezeki adalah daripada Allah S.W.T. Semua rezeki dengan izin dan kasih sayang dari Allah. Salah satu sebab Allah memberikan rezeki adalah kerana berbakti pada ibu bapa. Dengan kasih sayang kita pada ibu bapa seperti memberi wang pada mereka, Allah akan melipatkan ganjaran pahala dan rezeki melimpah pada kita dan keluarga.

Kesimpulan

Rezeki mempunyai banyak maksud. Selain wang ringgit, rezeki juga termasuk kesihatan diri dan keluarga, kebahagian rumah tangga, pangkat, dipermudahkan semua urusan dan banyak lagi. Dengan berbakti dengan ibu bapa seperti membelanjakan sedikit pendapatan atau gaji kita, Allah akan melimpahkan kita rezeki serta dipermudahkan semua urusan.

Baca Juga: Doa Amalan Harian Untuk Murah Rezeki

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *