10 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

Sharing is caring!

Resipi Maggi Goreng Simple Sedap – Entri kali ini saya akan kongsikan resepi maggi goreng simple dan sedap. Resepi ini paling mudah dan tidak perlupun banyak bahan. Resepi maggi goreng ini adalah buatan sendiri dan tidak tiru mana-mana sumber resipi yang lain, kalau samapun mungkin secara kebetulan :). Kepada pembaca semua bolehlah mencuba resipi ini kerana ianya mudah dan sedap. Saya gunakan jenama Maggi kerana ianya sedap serta mudah didapati di mana-mana.

 

RESEPI MAGGI GORENG

Bahan-bahan.

1. 4 bungkus Maggi kari (terpulang nak guna maggi apa laksa, kari, tomyam) ikut citarasa sendiri dan saya suka guna rasa Maggi kari.

2. 2 biji Bawang Merah dan 2 biji Bawang Putih (potong kecik-kecik)

3. Telur 3 biji

4. Sayur sawi

5. Sedikit ikan Bilis ( terpulang, kalau ada sotong atau udang lagi baik)

6. Sedikit belacan.

Cara-Cara Memasak

3 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

1. Rendam maggi menggunakan air panas. tunggu sehingga separuh layu. Jangan rendam mee maggi sehingga layu atau terlalu layu kerana susah hendak di masak nanti dan mudah hancur apabila di masak.

 

2 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

2. Selepas mee maggi separuh layu, buangkan airnya sehingga kering.

 

4 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

3. Letakkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih. apabila telah layu, masukkan belacan dan ikan bilis. Tunggu sehingga bawang naik bau.

 

8 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

4. Kemudian masukkan satur sawi tadi dan goreng sehingga layu.

 

9 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

5. Masukkan 3 biji telur kemudian goreng sehingga masak dan kacau telur tersebut sehingga hancur.

 

6 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

6. Masukkan Perencah Maggi seperti gambar di atas. untuk mengelakkan daripada masakan terlalu masin, memadai masukkan sekadar 3 perencah. Selepas itu gaul sehingga rata.

11 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

7. Kemudian masukkan mee maggi tadi yang telah dibuang airnya dan gaul sehingga rata. jangan lupa kecilkan api ketika menggoreng mee tersebut.

 

 

10 Resipi Maggi Goreng Simple Sedap

Resipi maggi goreng telah siap untuk dihidangkan. Hidangan ini cukup untuk 5 orang. Resepi ini sedap dimakan waktu masih panas.

Itulah sedikit perkongsian resipi maggi goreng simple dan sedap. Resipi ini bolehlah di makan sekali sekala kerana sebenarnya mee segera tak baik untuk kesihatan kerana kandungan dan bahannya. walaubagaimanapun tak salah kalau dimakan sekali sekala. semoga entri ini bermanfaat kepada semua pembaca.

Wajib Baca: Terbongkar!! Manfaat Minum Air Putih Pada Tubuh

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *