Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri Yang Anda Tidak Tahu

In KESIHATAN

Sakit kepala sebelah kiri merupakan gangguan yang sering kita alami dan tidak mengenal usia. Daripada usia kanak-kanak kecil hingga usia tua, banyak yang mengalami penyakit ini yang tentunya menggangu urusan seharian. Selalunya sakit kepala ini berlaku bahagian tertentu iaitu bahagian kiri kepala atau kanan, depan atau semua bahagian kepala. Kesakitan ini timbul secara perlahan-lahan atau secara tiba-tiba dan berasa berdenyut-denyut. Kebiasaannya sakit akan melarat kebahgian belakang mata, leher dan gigi anda.

Namun artikel kali ini saya akan berkongsi punca sakit kepala sebelah kiri yang tentunya ramai yang mengalami dan ramai yang tidak tahu puncanya.

Baiklah, ada beberapa penyebabnya terjadinya penyakit ini. Tentu ramai yang tidak tahu penyebab sebenarnya ia berlaku dan ada yang beranggapan ianya bahaya dan ada yang beranggapan sebaliknya pula.

Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri Yang Anda Tidak Tahu

Punca sakit kepala sebelah kiri disebabkan pelbagai faktor gaya hidup, pemakanan dan ubat-ubatan.

Faktor Gaya Hidup

Alkohol: Kesemua minuman beralkohol penyebab sakit kepala sebelah kiri. Minuman seperti wain, Bir dan lain-lain minuman yang mengandungi etanol atau bahan kimia boleh mencetuskan sakit kepala dengan meluaskan saluran darah. Oleh itu, berfikirlah untuk tidak mengambil minuman ini.

Tekanan/Stress: Tekanan juga adalah salah satu punca Penyakit ini. Apabila anda stress, tubuh akan melepaskan satu bahan kimia. Bahan kimia ini menyebabkan otot akan tegang dan menukar aliran darah yang boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kiri. Kurangkan tekanan hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat

Menunda Makan: Tahukah anda, otak perlukan gula atau glukosa untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya menunda atau tidak makan, paras gula dalam tubuh termasuk bahagian otak akan jatuh dan menyebabkan hypoglycemia dan akan menyebabkan sakit kepala.

Kurang Tidur: Kekurangan tidur atau Insomnia boleh menyebabkan sakit kepala. Selain itu juga boleh disebabkan menyebabkan kesukaran tidur. Gejala yang disebabkan faktor ini mudah untuk dielakkan iaitu hanya perlu menguruskan tidur yang secukupnya.

Faktor Makanan: Ada beberapa makanan yang boleh mencetuskan gejala penyakit ini contohnya bahan pengawet pada makanan, daging beku, Kacang dan juga minuman yang mengandungi bahan seperti etanol. Selain itu ada juga yang disebabkan elergi pada sesuatu makanan.

Jangkitan Dan Alergi

Jangkitan pernafasan seperti selesma boleh memicu sakit kepala yang kerap. Demam dan saluran sinus yang disekat boleh menyebabkan sakit kepala. Alergi memicu gejala ini melalui kesesakan di sinus, yang menyebabkan sakit dan tekanan di belakang dahi dan tulang pipi.

Jangkitan ensefalitis dan meningitis menyebabkan ketegangan di kepala yang serius. Penyakit ini boleh menyebabkan demam serius dan sawan.

Penggunaan Ubat Yang Berlebihan

Penggunaan ubat untuk merawat sakit kepala boleh menyebabkan sakit akan lebih parah sekiranya dimakan berlebihan atau tidak mengikut peraturan dan selalunya lebih sakit apabila bangun dari tidur.

Antara ubat yang boleh menyebabkan penyakit ini lebih teruk adalah:

  • aspirin
  • acetaminophen (Tylenol)
  • ibuprofen (Advil)
  • naproxen (Naprosyn)
  • aspirin, acetaminophen, dan kafein digabungkan (Excedrin)
  • triptans, seperti sumatriptan (Imitrex) dan zolmitriptan (Zomig)
  • ergotamine derivatives, seperti Cafergot
  • ubat penahan preskripsi seperti oxycodone (Oxycontin), tramadol(Ultram), dan hydrocodone (Vicodin

Kesemua faktor-faktor di atas adalah penyebab pada sakit kepala sebelah kiri mahupun kesemua jenis migrain. Ada beberapa lagi punca seperti tekanan darah tinggi, tumor dan stroke yang boleh menyebabkan sakit kepala.

Apa yang penting adalah pengurusan gaya hidup untuk mengelakkan penyakit ini berlaku. Pengalaman admin sendiri, gastrik yang disebabkan gaya pemakanan dan masa makan yang tidak teratur penyumbang penyakit ini berlaku. Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua pembaca.

Wajib Baca: Tanda Dan Punca Sakit Gastrik Angin Yang Ramai Tidak Tahu

You may also read!

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta by rolland

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta | Review by Rolland

Bateri kereta adalah salah satu komponen yang amat penting. Kuasa elektrik yang terdapat pada bateri bertindak untuk memastikan kereta

Read More...
Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga

Read More...
Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Artikel ini saya kongsikan pula Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama tersebut. Sebelum ini saya ada kongsikan artikel

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu