Punca Rambut Gugur Yang Perlu Anda Tahu

In KESIHATAN

Rambut gugur sering terjadi terutama kepada wanita bujang atau yang sudah berkahwin dan kaum lelaki juga tidak terlepas daripadanya. Punca rambut gugur ini mempunyai banyak sebab yang kita sendiri tidak menyedarinya. Tentunya kita akan risau dan akan mencari penyelesaiannya.

Sebelum mencari penyelesaian masalah rambut gugur ini, mari kita semak beberapa faktor atau punca rambut gugur yang masih ramai tidak mengetahuinya.

Punca Rambut Gugur Yang Perlu Anda Tahu!!

1. Kesan Ubat-Ubatan

Salah satu punca rambut anda gugur adalah disebabkan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencair darah, ubat jerawat yang tinggi vitamin A, ubatan yang mengandungi stroid, ubat-ubatan untuk arthritis, ubat depresi, gout, ubat masalah jantung dan bebrapa ubat untuk masalah tekanan darah tinggi. Untuk penyelesaian, minta nasihat pakar atau doktor berkaitan dengan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut.

2. Rambut Gugur Selepas Bersalin

Ramai wanita akan terkejut kerana rambut akan gugur selepas bersalin berbanding waktu mengandung. Sewaktu mengandung rambut nampak tebal sedikit kerana hormon tidak dapat menembusi rambut.

Pada umumnya wanita akan keguguran rambut sekitar 100 hingga 150 rambut berbanding selepas bersalin, wanita akan keguguran sekitar 500 helai. Tetapi jangan panik dan risau, keadaan ini hanya beberapa bulan sahaja iaitu sekitar 3 hingga 6 bulan.

sekiranya masalah keguguran rambut masih berlanjutan selepas tempoh tersebut, dapatkan rawatan dan nasihat doktor untuk mengatasi masalah ini.

3. Kekurangan Zat Besi

Zat besi penting untuk badan kita. Kekurangan zat besi menyebabkan masalah anemia. Kekurangan zat besi juga menyebabkan rambut akan gugur.

Zat besi penting untuk kesihatan rambut. Petanda anda kekurangan zat besi selain dari keguguran rambut ialah seperti kuku rapuh, kulit kuning atau pucat, sesak nafas, kelemahan, dan degupan jantung yang cepat.

4. Stress

Stress juga mempengaruhi kesihatan rambut anda. Apabila anda stress sistem kekebalan tubuh akan berubah dan menyerang folikel rambut menyebabkan keguguran rambut terutamanya ketika rambut disikat. Selain itu, kebimbangan atau kecemasan yang melampau (anxiety) boleh membantutkan pertumbuhan rambut yang sihat.

5. Tubuh Kekurangan Protein

Protein penting pada kesihatan rambut. kekurangan. Selepas daripada 2 hingga 3 bulan badan kekurangan protein, rambut akan mulai gugur. Sekiranya tubuh kekurangan protein, banyakkan makan daging, telur, ikan, kacang, biji, dan kacang.

6. Kurang Penjagaan Rambut

Selain itu, punca rambut gugur yang anda tidak perasan ialah terlalu banyak syampu,  menyikat rambut yang masih basah, terlalu mengosok rambut dengan tuala. Pemilihan syampu yang tidak serasi juga penyumbang rambut gugur. Gunakan syampu yang serasi dengan kulit kepala anda dan jangan terlalu paksa menyikat rambut bagi mengelakkan rambut gugur.

7. Alat Pengering Rambut

Alat pengering rambut dan alat rebonding (pelurus rambut) juga boleh menyebabkan rambut pecah dan gugur. Selain itu, Bleach, pewarna, pelurus, dan penyemburan rambut boleh menyebabkan perkara yang sama. Elakkan memakai alat-alat yang boleh merosakkan rambut seperti alatan di atas.

8. Merokok

Tahukah anda toksin dalam asap rokok dapat mengurangkan kekebalan tubuh dan merosakkan folikel

Penutup

Rambut adalah mahkota kita terutamanya para kaum hawa. Penjagaan amat penting agar rambut sihat dan berseri tanpa mengalami keguguran. Sekiranya mengalami masalah keguguran rambut yang serious, pergilah berjumpa dengan doktor atau pakar untuk mengetahui punca dan cara penyelesaiannya.

Yang kita cuba elakkan ialah punca rambut gugur daripada masalah kesihatan yang lain. Semoga Artikel ringkas ini bermanfaat kepada semua.

Baca Juga: Apa Itu Penyakit Kulit Ekzema Dan Penyelesaiannya

You may also read!

PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit

Read More...

APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka

Read More...

Penyakit Ain Dalam Islam, Tanda, Punca Dan Penawar

Pernahkah anda dengar penyakit ain? mesti ramai yang tidak mengetahui penyakit ini bukan? Penyakit Ain bukannya penyakit biasa yang

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu