Sharing is caring!

Sebut sahaja perut buncit ramai wanita risau bagaimana cara menanganinya. Namun ada satu petua berkesan kempiskan perut buncit wanita cara tradisional. Petua ini saya dapati daripada sebuah laman web iaitu Mingguanwanita.my. Petua kempiskan perut wanita ini mujarab dan ada pula petua pantang larangnya agar petua ini berkesan.

menurutnya, sekiranya mengamalkan petua ini dengan cara yang betul, boleh kempiskan perut atau dapat melihat kesannya seawal dua minggu. Petua ini juga bebas daripada bahan kimia dan 100% menggunakan bahan tradisional atau asli.

Ok entri kali ini saya akan kongsikan resipi petua berkesan kempiskan perut wanita secara tradiaional. Siapa yang rasa perutnya buncit tu boleh la mencuba petua ini ya 🙂

Baca Juga: 4 Petua Berkesan Kempiskan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin

Petua Berkesan Kempiskan Perut Buncit Wanita Cara Tradisional

Bahan-bahan:

1 inci Halia bentong atau halia tua *saiz ibu jari

4 ulas Bawang putih

1/2 Lemon

1 cawan Air masak *300ml

2 sudu besar Madu

Dan cara-cara penyediannya adalah:

1. Sediakan semua bahan ikut sukatan. Ini adalah sukatan untuk satu orang. Jika lebih orang, boleh tambahkan sukatan bahan.

2. Cuci bersih bahan dan potong kecil kecil supaya senang dikisar.

3. Masukkan halia, bawan putih, setengah lemon dan air ke dalam blender.Blendkan kesemua bahan sampai sebati.

4. Selesai diblendkan, asingkan jus and hampasnya ke dalam satu cawan.

5. Gunakan sudu plastik dan tambahkan madu. Kacau rata. Siap diminum.

Nota : Kenapa sudu plastik? Kerana besi akan merosakkan khasiat madu.

Jangan Langgar Pantang Sebab Bila Tak Jadi.. Anda Jawablah Sendiri!

  • Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki.
  • Plastik sudu digunakan untuk mengekalkan khasiat madu. Jangan tambahkan madu ketika mengisar bahan bahan sebab pisau pengisar adalah besi. Ia akan merosakkan khasiat madu.
  • Tidak digalakkan ditambah ais. Sebab ais menyukarkan proses penghadaman kita lalu menyebabkan perut buncit.
  • Amat digalakkan untuk menjaga pemakanan kita seperti mengurangkan pengambilan makanan berminyak, goreng atau manisan yang berlebihan jika kita inginkan hasil yang lebih memuaskan.
  • Setiap amalan harus konsisten dan istiqomah untuk mendatangkan hasil yang bagus dan berpanjangan.

Itu lah petua Berkesan Kempiskan Perut Buncit Wanita Cara Tradisional yang boleh anda cuba. Petua yang mudah dan simpel untuk disediakan. Bolehlah dicuba petua ini kerana bahan-bahan mudah didapati. Semoga entri ini bermanfaat pada anda.

untuk lebih jelas lagi cara penyediaan petua ini iaitu cara penyediaan bergambar boleh klik link ini Mingguanwanita.my

Kredit To : www.mingguanwanita.my

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *