Pesta Makanan Untuk Monyet – Monkey Buffet Festival 

Sharing is caring!

Pesta Jamuan Makanan Percuma Untuk Monyet atau lebih dikenali Monkey Buffet Festival adalah satu perayaan di wilayah Lopburi, Thailand. Perayaan pesta makanan untuk monyet digambarkan salah satu perayaan yang paling aneh yang masih wujud di dunia masa kini. Perayaan pelik ini juga adalah salah satu tarikan pengunjung atau pelancong luar negara.

Perayaan ini di mana Orang-orang menyediakan meja di kawasan pusat bandar dan meletakkan dengan beberapa buah-buahan, bunga, kek dan gula-gula. Semua monyet tertarik dengan makanan ini dan akan melompat di atas meja yang menghiburkan pandangan.
Perayaan pesta makanan untuk monyet kini berkembang menjadi Festival Pelancongan untuk negara thailand dan beribu-ribu pelancong melawat Thailand untuk menghadiri dan melihat sendiri keunikan perayaan ini pada setiap tahun. Sekiranya anda merancang melawat Thailand pada bulan November, jangan terlepas pesta makanan untuk monyet (Monkey Buffet Festival) yang luar biasa ini. Festival Buffet Monyet diadakan pada 25 November setiap tahun.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *