Pereka Superhero Terkenal Marvel Stan Lee Meninggal Pada usia 95

Sharing is caring!

Stan Lee Meninggal Pada usia 95 – Siapa tidak mengenali komik-komik dan filem-filem superhero Marvel. Pastinya semua mengenalinya dan meminatinya daripada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa. Stan Lee merupakan seorang penulis, pengarang dan penerbit yang telah menghidupkan watak seperti Iron Man, Hulk, Spiderman, thor, Black Panther, The Avengers dan pelbagai lagi watak superhero Marvel.

Stan Lee Meninggal dunia pada usia 95 tahun iaitu pada 12 Nov 2018 dan sebelum Stan Lee meninggal dunia, dikhabarkan beliau sempat mencipta satu lagi Adiwira atau superhero yang di namakan Dirt Man. Kehilangan beliau didunia seni hiburan satu kehilangan besar. Berita Stan Lee meninggal dunia disampaikan oleh anak perempuannya, J.C. Lee.

Antara kata-kata Lee yang paling diingati oleh peminatnya, seperti yang dipetik Astro Awani, adalah: “Saya pernah berasa rendah diri kerana ketika rakan-rakan yang lain membina bangunan, saya hanya membuat komik.

“Namun, saya akhirnya sedar bahawa hiburan adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan. Apabila saya dapat menghiburkan orang, saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang betul.”

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *