PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

In BLOGGER

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit ini adalah salah satu pembunuh senyap atau disebut silent killer selain penyakit jantung dan kencing manis. Darah tinggi bukanlah satu penyakit sebenarnya tetapi satu sintom di mana tekanan darah kita yang tinggi atau tidak normal seperti biasa. Jika gejala darah tinggi ini tidak di rawat, akan menyebabkan komplikasi seperti strok dan serangan jantung.

Artikel kali ini sebenarnya bukan memperincikan tentang gejala darah tinggi tetapi bagaimana ayah saya sembuh dari gejala darah tinggi yang sudah dihidapinya sekian lama.

Waktu artikel ini ditulis ayah saya dah berumur 69 tahun dan ayah telah sembuh dari darah tinggi lebih kurang 5 atau 6 tahun yang lalu. Doktor yang selalu merawat ayah sendiri sahkan darah tinggi ayah dah sembuh dan tak perlu makan ubat lagi.

Seperti yang kita tahu selama ini, gejala darah tinggi ini tiada penawarnya dan perlu bergantung pada ubat- ubatan hospital untuk kekalkan tekanan darah yang normal sepanjang hayat. Pernah juga saya tanyakan seorang doktor adakah peluang seseorang mempunyai darah tinggi ini untuk sembuh dan doktor tersebut maklumkan jarang di temui mungkin dalam 1:1000 katanya.

Baca Juga: Khasiat Dan Manfaat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

Baca Juga: 7 Khasiat Buah Tempatan Jambu Batu Yang Wajib Anda Tahu

KESIHATAN AYAH

Ayah sangat disiplin kalau pasal makan. Kalau makan mesti mengikut waktu dan gemar masakan yang direbus. Sepanjang mengidap tekanan darah tinggi, ayah sentiasa menjaga makan. Selain dari itu ayah juga mengamalkan makan makanan tambahan seperti multivitamin yang dibeli dari farmasi.

Ayah seorang yang kuat bekerja. Sebagai seorang petani, bertani adalah rutin baginya tanpa kenal erti penat. Bayangkan di bulan puasa rutin berkebun tetap sama. Kerja dari pagi hingga berbuka. Mungkin ini jugalah ayah sentiasa kuat dan segar kerana peluh yang keluar dapat menyihatkan badan. Ayah juga tidak pernah tinggalkan solat 5 waktu dan solat berjemaah di masjid. Itulah ayah, walau sesibuk manapun ayah tetap solat.

Kehebatan daun Durian Belanda

Ayah pernah bagi tahu yang beliau amalkan minum air rendaman daun Durian Belanda. Apabila ayah minum air ini, badannya akan segar dan bertenaga katanya. Ayah minum air ini sehingga doktor sahkan ayah sembuh dari tekanan darah tinggi. Tapi saya tak dapat pastikan sama ada kesembuhan ayah adalah asbab dari air rebusan daun Durian Belanda.

Bagi pandangan sendiri, mungkin kerana ayah aktif, menjaga kesihatan serta mengamalkan herba menjadikan tekanan darah ayah sembuh. Sepanjang menjaga kesihatan, ayah tidak pernah tinggalkan ubat yang diberikan dari pihak hospital dan pada masa yang sama ayah mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kesimpulan

Tujuan saya menulis artikel ini adalah sekadar ingin berkongsi pengalaman sendiri melihat ayah sembuh dari gejala darah tinggi dan kami semua berasa gembira. Target ayah sebenarnya bukan ingin sembuh dari tekanan darah tinggi iaitu dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat tetapi ayah hanya inginkan tubuh yang kekal sihat. Bayangkan umur yang sudah lanjut tapi mampu sembuh dari tekanan darah tinggi inikan pula umur yang lebih muda dari itu pasti mampu.

You may also read!

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta by rolland

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta | Review by Rolland

Bateri kereta adalah salah satu komponen yang amat penting. Kuasa elektrik yang terdapat pada bateri bertindak untuk memastikan kereta

Read More...
Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga

Read More...
Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Artikel ini saya kongsikan pula Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama tersebut. Sebelum ini saya ada kongsikan artikel

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu