Sharing is caring!

Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi – Artikel kali ini saya akan kongsikan pengalaman sendiri ubati penyakit kulit ekzema pada bayi iaitu anak saya sendiri. Pengalaman ini berlaku satu masa dahulu semasa bertugas di daerah Tawau Sabah. Alhamdullilah sekarang anak telah sembuh sepenuhnya dan aktif. Masa saya tulis artikel ini anak yang saya maksudkan itu sudah berumur 7 tahun.

Awal Kelahiran

Anak saya yang ke dua alhamdullilah dilahirkan normal. Di awal kelahiran, tanda-tanda penyakit kulit ekzema belum ada namun selepas beberapa minggu kelihatan kulit kering dan mengelupas. Saya dan isteri menganggap perkara tu biasa, mungkin kebiasaan bayi yang baru lahir.

Masuk bulan ke tiga bintik-bintik seperti ruam mula kelihatan di bahagian pipi dan kaki. Tanpa membuang masa kami pergi ke hospital besar Tawau untuk mendapatkan rawatan. Selepas pemeriksaan, doktor sahkan anak mempunyai Ekzema dan memberikan ubat untuk rawatan kulit. Nama ubat tu tak berapa ingat namun ia tidak sesuai dan ruam pada pipi dan kaki anak bertambah teruk sehingga berair.

Bayangkan anak siang malam menangis, tangan pula terpaksa ikat dengan kain untuk mengelakkan daripada digaru. Anak akan berhenti menangis waktu tidur dan menyusu sahaja. Tidur anak pun sering terganggu mungkin disebabkan gatal yang amat sangat di bahagian pipi.

Semakin lama ruam di pipi anak semakin membesar dan berair. Pada waktu tu hati bertambah risau dan kasihankan anak sebab masih bayi. Anak yang ke dua ni special sikit, waktu masih bayi dah dapat dugaan seperti itu. sedangkan kita yang dah dewasa ni pun tidak sanggup melihat keadaannya. memang sedih waktu tu. Gambar atau pic anak waktu kena ekzema tu nanti saya kongsi sebab tidak ingat gambar letak mana, tapi gambar di bawah ni hanya sebagai contoh.

Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Gambar contoh sahaja. gejala sama namun anak saya lagi teruk dari yang ini.

Baca Juga: Pokok Lidah Jin Penawar Bayi Kuning

Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada Anak #1

Pengalaman ubati penyakit kulit ekzema pada anak ni tak terkira. Kalau hospital kerajaan memang tak terkira. Klinik swastapun dah banyak kali pergi tapi penyakit kulit ekzema pada anak tetap tidak sembuh malah bertambah teruk.

Dari kaedah perubatan moden hingga ke petua-petua orang sudah di cuba. Orang cakap letak gincu, kami letak.. orang kata mujarab guna tepung kanji kami buat.. bedak untuk keringkan ruampun dah cuba.. hampir kesemua kaedah dan petua dah cuba. petua yang pelik-pelikpun dah cuba juga haha. Tapi keadaan ruam pada pipi dan kaki anak masih tiada perubahan.

Antara ubat hospital dan farmasi yang kami gunakan adalah seperti Ezzera, cetaphill dan sebagainya namun tiada perubahan. Mungkin kulit anak tidak sesuai. Selain dari itu, ikhtiar suntikan di klinikpun pernah cuba namun tiada perubahan. Keadan ini berlanjutan hingga anak berumur 5 bulan.

Jumpa Ubat Yang Sesuai

Satu hari sewaktu balik dari Klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) untuk berklinik, terdetik pula hati untuk pergi ke sebuah farmasi bersebelahan dengan KKIA Tawau yang sebelum ini belum pernah pergi untuk membeli ubat untuk ruam anak. Selepas tunjukkan ruam di pipi anak du farmasi tersebut, kami disyorkan untuk mencuba ubay bernama VIZOMET.

Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada anak

Selepas dua hari saya sapukan pada pipi dan kaki anak, perubahan amat ketara. Ruam mulai kering dan air pada ruam sudah kering. Teruja dengan perubahan itu, saya teruskan untuk menyapu ubat ini sehingga sembuh sepenuhnya. Masa untuk sembuh lebih kurang 7-10 hari berdasarkan pengalaman anak sendiri.

Alhamdullilah syukur pada Allah S.W.T walaupun harga ubat ini murah namun dengan izinnya penyakit ruam pada kulit pipi dan kaki anak sembuh. Sembuh yang dimaksudkan ialah ruam yang teruk di pipi dan di kaki. walaubagaimanapun, setakat ini rawatan moden untuk penyakit kulit ekzema ini belum ada penawarnya.

Masalah Ekzema Pada Anak

Selepas anak membesar sekitar 1 tahun lebih, anak saya masih mengalami gejala ekzema ini pada masa-masa tertentu contohnya makan makanan laut termasuk beberapa jenis ikan kecuali ikan merah dan ikan putih. Selain dari itu, kacang, minum soya, telur, dan makanan-makanan yang gatal akan menyebabkan anak akan memgaru-garu seluruh badan kerana ekzema.

Selain dari makanan, faktor lain yang perlu anak saya hindarkan agar badan tidak gatal-gatal ialah, tidak boleh cuaca panas atau berpeluh. Namun seperti yang kita tahu, cuaca di daerah Tawau panas dan berdekatan dengan kawasan laut menyebabkan anak sentiasa gatal-gatal badan namun tidak seteruk waktu awal kelahiran dahulu.

Keadaan ini berlarutan sehingga anak masuk tadika waktu berumur 5 tahun. Asal silap makan dan berpeluh konfom gatal satu badan. Anak saya yang ke dua ni pula memang aktif, tidak boleh duduk diam. Bila dah berpeluh mulalah menggaru satu badan.

Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada Anak #2

Pengalaman kedua pula, bila balik kampung di Keningau Sabah untuk bercuti panjang sekitar dua hingga tiga minggu, Ekzema anak berkurang dan tidak gatal. Bila diamati, mungkin faktor cuaca menyebabkan ekzema anak bertambah teruk.

Selepas itu, saya berusaha untuk pindah kerja ke Daerah Keningau dengan surat sokongan daripada doktor sekali kerana doktor juga mensyorkan anak untuk pindah kerana cuaca di Tawau yang agak panas siang mahupun malam. Saya memohon pindah kerana cuaca di Keningau sejuk pada waktu malam dan jauh dari kawasan laut. Alhamdullilah permohonan saya untuk pindah diluluskan.

Ekzema Anak Sembuh

Alhamdullilah sekarang anak saya yang ke dua ini boleh dikatakan sembuh lah dari penyakit Ekzema. Makan pun tidak berpantang. Masa berpeluh pun badan tidak gatal dah. Syukur sangat-sangat sebab anak dah sembuh. Mungkin penyakit ekzema ini perlu cuaca yang tidak terlalu panas dan jauh dari kawasan laut.

Tujuan saya kongsikan pengalaman ubati penyakit kulit ekzema ini semata-mata untuk memberikan panduan atau info berguna kepada pembaca cara menangani penyakit kulit ekzema ini.

Walaubagaimanapun, setiap bayi atau anak tidak sama cara penerimaannya terhadap ubat-ubat yang saya sebutkan di atas. mungkin cara saya berkesan pada anak anda atau sebaliknya. Tetap la berusaha mencari penawar penyakit kulit ekzema pada anak anda sekiranya cara yang saya kongsikan tidak berkesan pada anak anda.

Semoga perkongsian kali ini memberikan info dan panduan pada pembaca untuk ubati penyakit kulit ekzema pada anak, isteri mahupun diri sendiri.

Baca Juga: Petua Berkesan Kempiskan Perut Buncit Wanita Cara Tradisional

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *