Pengalaman Ditipu Penjual Di Mudah.my

Pengalaman Ditipu Penjual Di Mudah.my

Sharing is caring!

Entri kali ini saya akan share Pengalaman ditipu penjual di Mudah.my beberapa tahun yang lalu. Sebelum tu saya nak share sedikit tentang Mudah.my ni. Laman web mudah.my adalah sebuah laman yang mengurus iklan dan iklan ini adalah daripada pengguna yang ingin mengiklankan barang mereka untuk dijual. Mudah.my adalah pihak ketiga manakala pengiklan dan pengunjung adalah pihak pertama dan kedua. Tugas mudah.my hanya mengurus iklan dan segala urusan jual beli adalah di antara pengiklan dan pembeli (pengunjung).

Oleh kerana segala urusan deal hanya di antara penjual dan pembeli, kes penipuan sering terjadi dan semakin berleluasa hari demi hari seperti yang saya lalui. Penipuan ini selalunya didalangi oleh persorangan atau berkumpulan.

Baca Juga: Cara Mudah iklankan barang di Mudah.My dengan smartphone

Pengalaman Sendiri: Pengalaman Ditipu Penjual Di Mudah.my

Waktu itu hajat nak beli camera DSLR. Oleh kerana budget tidak mengcukupi terpaksa mencari camera terpakai. Jadi keputusan yang tepat adalah mencari Camera DSLR terpakai di Mudah.my. Masa tu pengalaman kurang di Mudah.my.

Setelah lama mencari kira berhari-hari juga la, terjumpa satu iklan camera yang saya berpuas hati dengan kondisi dan harga camera tersebut. Tanpa membuang masa takut dikebas orang, saya terus menghubungi tuan punya camera tersebut. Saya masih ingat lagi nama tersebut dan tidak akan lupa sampai bila-bila. POKDI.. itulah nama penjualnya dan mengaku berasal dari Johor. Siap dengan screen shoot dan video camera tersebut. orang ini menjual camera DSLR Nikkon D3100 dengan harga yang murah iaitu RM600.

Apabila sdh berpuashati dengan janji-janjinya, apa lagi saya dengan tiada syak wasangka terus transper guna maybank2u waktu tu juga. Dan orang itu mengesahkan sudah menerima wang tersebut dan berjanji akan mengirim camera tersebut keesokkan harinya.

Keesokan harinya saya menunggu sehingga tengah hari namun tiada msg atau whatsapp datang. Tanpa  membuang masa saya terus whatsapp orang itu dan beberapa minit kemudian ia membalas dengan mengirim gambar Resit pos laju berserta dengan no tracking nya sekali. Setelah itu saya cekpula no tracking tersebut di laman web pos laju dan keputusan yang mengejutkan.. no tracking not found.. dalam hati mengatakan, mungkin no track belum update..

esoknya cuba lagi namun keputusan sama seperti tadi. tidak berpuas hati, saya call pula servis center pos laju, operator mengatakan no tracking tersebut tiada dalam pangkalan data.. kemudian cuba menghubungi Pokdi sekali lagi dengan whatapp dan cuba call namun hampa.. esoknya cuba lagi.. sampai la berlarutan beberapa hari dan menyedari saya ditipu..

Waktu tu memang kecewa habis.. duit bukannya sikit RM600 lesap begitu sahaja. itu pengalaman pertama.. selepas beberapa bulan kemudian, laptop pula buat masalah. Hard Drive rosak. So mudah.my la jawapan nya. tapi nak dipendekkan cerita, kisahnya sama macam cerita kamera tadi..

Pengajaran

Cukup la ditipu dua kali melalui Pengalaman ditipu penjual di Mudah.my kerana mudah percaya dengan iklan-iklan tersebut tanpa berhati-hati. Selepas dari kejadian itu, saya lebih berhati-hati bila berurusan dengan penjual ataupun saya berurusan dengan penjual yang boleh jumpa direct face to face lagi puas hati.

Bukan nak salahkan mudah.my, tapi salahkan diri sendiri kerana tidak berhati-hati. Saya sendiri banyak beriklan di mudah.my dan banyak barang yang terjual.

Tujuan entri ini untuk share pengalaman semata-mata agar anda perlu berhati-hati berurusan dengan orang yang mengambil kesempatan pada kita. Banyak cara dan taktik mereka untuk menipu pembeli. terpulang la pada kita macam mana menghadapinya.

Tips elak ditipu di Mudah.my

Pastikan nama akaun bank untuk kita transfer duit itu sama dengan nama ic orang tersebut. mintak gambar IC orang Tersebut dengan jelas. Minta gambar terkini penjual tersebut yang jelas. kalau boleh mintak sekali url facebook agar kita mudah kenal dengan orang itu. Sekiranya ditipu, kita boleh buat repot polis dan penipu ini boleh didakwa atas akta PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan.

 

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *