Peluang Buat Duit Dengan Iklan Google Adsense

Peluang Buat Duit Dengan Iklan Google Adsense

Sharing is caring!

Google adsense adalah satu Program yang boleh menjana pendapatan. Peluang untuk buat duit melalui Program iklan Google Adsense adalah tinggi dan cerah bagi mereka yang betul-betul mengambil peluang dalam program ini. Sudah ramai individu yang menjana pendapatan melaui Google adsense ini.

Ketahui lebih lanjut info tentang Apakah Google Adsense dan kelebihannya pada post saya sebelum ini: Apakah Itu Google Adsense Dan Kelebihannya

Saya sendiri mengambil peluang untuk menyertai program Adsense ini Walaupun masih baru dalam dunia blogging ini.

Peluang Buat Duit Dengan Iklan Google Adsense

Jutawan Google Adsense.

Pernahkah anda dengar PewDiePie? PewDiePie adalah salah satu Channel di youtube yang dimiliki oleh Filex Kjellberg . Beliau memperolehi pendapatan melalui iklan Google Adsense yang diletakkan dalam video mempromosikan game terbaru. beliau adalah seorang jutawan Google adsense melalui Channel Youtube. Pada tahun 2016 pendapatan beliau mencecah RM58.6 juta dan pada tahun 2017 menurun kepada RM35.2 juta.

Itu adalah salah satu contoh pendapatan dan tertinggi di luar negara. Contoh paling dekat iaitu Negara jiran kita Indonesia, Seorang yang bernama Eka Lesmana. Menurut kisah dari seberang, Eka pada awalnya seorang petani. Namun dengan kesungguhannya beliau mempelajari dunia blogging dan Google adsense melalui seorang kawan kini pendapatannya mengjangkau ribuan ringgit sebulan.

Pendapatan Google Adsense di Malaysia

Di negara Malaysia sendiri, ramai blogger telah mendapat manfaat daripada google adsense kerana tidak melepaskan peluang yang disediakan. Banyak pakar-pakar atau otai yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging ini mendapat ribuan pendapatan daripada google adsense.

Penutup

Peluang sebenarnya ada dan masih luas dalam program google adsense. Nasihat dari saya, jangan lepaskan peluang ini untuk menambah pendapatan. Belajarlah membina sebuah website atau blog dan daftar untuk menjadi Publisher adsense. Walaupun bukan mudah tapi usaha akan berbaloi sekiranya menjana pendapatan kelak.

 

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *