Membunuh Kucing Hadapi Hukuman Berat

Sharing is caring!

Saban hari kita didedahkan melalui media masa tentang sikap kurang akal dan tidak berhati perut segelintir individu yang menganiaya haiwan kucing seperti membunuh kucing. Seperti yang kita tahu, kucing merupakan haiwan kesayangan kebanyakkan masyarakat termasuklah admin sendiri. Baru-baru ini kita didedahkan oleh media tentang tindakan dua manusia durjana membunuh kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi. Pembunuh Kucing tersebut telahpun direman selama 4 hari bagi membantu siasatan. Baca selanjutnya

Jika difikirkan, apalah dosa dan salah kucing tersebut? kenapa ada segelintir individu mahu membunuh kucing? secara logiknya pembunuh kucing ini kompom mempunyai masalah mental. Setahu saya walaupun sesetengah masyarakat tidak menyukai haiwan kucing ini, tetapi tidak sampai hati untuk menganiaya haiwan tersebut apatah lagi jika sampai membunuh.

Pembunuh Kucing Hadapi Hukuman Berat

Setakat ini hukuman yang bakal dihadapi pembunuh kucing adalah di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahah.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *