Mana Satu Pilihan Anda Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta?

Mana Satu Pilihan Anda Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta?

Sharing is caring!

Mana Satu Pilihan Anda Kerja Kerajaan Atau Kerja Swasta? Ramai yang berpendapat kerja disektor kerajaan lebih mendapat tempat dan tidak kurang juga kerja disektor swasta. Ada pelbagai alasan untuk memilih kerjaya dan alasan ini diguna pakai untuk memilih sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

Selalunya selepas tamat pembelajaran di peringkat SPM, STPM ataupun tamat pengajian di peringkat IPTA atau IPTS, mereka keliru untuk memilih untuk menyumbangkan bakti di sektor Awam ataupun disektor swasta.  Pendapat peribadi pula, sudah tentu kerja disektor kerajaan. Walaubagaimanapun kedua-dua pilihan ini ada kebaikan dan ada kekurangannya.

KELEBIHAN Berkerja Di sektor Kerajaan

  • Boleh membuat pilihan sama ada berpencen ataupun Caruman KWSP.
  • Mempunyai kelebihan membuat pinjaman (Personal Loan dengan mudah tanpa penjamin)
  • Kenaikan gaji setiap tahun.
  • Mendapat elaun atau imbuhan gaji seperti Elaun COLA, elaun wilayah bagi Sabah Sarawak, elaun perumahan, Elaun Khidmat Awam dan sebagainya.
  • Mendapat kemudahan Pinjaman Perumahan dan Komputer.
  • Susah untuk dibuang kerja atau peluang diberhentikan kerja adalah tipis.
  • Peluang kenaikan pangkat mengikut sistem (Time Base)
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan dan cuti bersalin untuk suami isteri.

KEKURANGAN Berkerja Di sektor Kerajaan

  • Perlu menduduki dua peperiksaan iaitu peperiksaan Jabatan dan JPA untuk Pengesahan jawatan tetap
  • Persaingan yang tinggi untuk jawatan dalam kerajaan.
  • Peratusan yang tinggi untuk posting kerja di tempat yang jauh.
  • Gaji pokok adalah rendah.

KELEBIHAN Berkerja Di sektor Swasta.

  • Gaji permulaan yang tinggi
  • Mutu atau kualiti kerja diutamakan
  • Elaun tinggi mengikut kelayakan dan keuntungan syarikat.
  • Bonus yang tinggi diberikan mengikut keuntungan syarikat.
  • Tempat kerja berteraskan ICT untuk memudahkan urusan kerja

KELURANGAN Berkerja Di sektor Swasta

  • Peratusan dibuang kerja adalah tinggi.
  • Tiada opsyen berpencen
  • Kesukaran Untuk memohon pinjaman kecuali dengan penjamin.
  • Masa depan yang tidak terjamin.
  • Kenaikan pangkat yang sukar

Penutup

Kerja Kerajaan ataupun kerja  di sektor Swasta mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun, Usaha dan kegigihan adalah yang kunci paling utama. Kerja kenalah jujur dan ikhlas mencari nafkah atau rezki yang halal untuk keluarga.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *