Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

In KESIHATAN
Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

Pernahkan anda kembung perut rasa macam perut berangin? sintom ini menyebabkan perut tidak selesa serta kepala juga sakit seperti migran sepanjang hari. Salah satu penyebabnya ialah makan makanan yang berangin. Ada beberapa jenis makanan berangin yang harus anda elakkan yang akan dibahas kemudian.

Angin dalam perut disebabkan gas yang terkumpul serta berlebihan di usus dan perut. Selain daripada masalah gastrik, pemakanan juga salah satu faktor terjadinya gas berlebihan di dalam perut. Lagi parah sekiranya mengambil makanan berangin sewakti perut kosong.

Selain daripada itu, ibu yang baru melahirkan anak mudah masuk angin dalam badan. Oleh kerana itu, selalunya ibu dinasihatkan agar menjaga pemakanan terutamanya makanan yang berangin.

Berikut Adalah Makanan Berangin Yang Harus Anda Elakkan

1. Gula Getah (Chewing Gum)

Gulah getah tidak mengandungi angin atau gas. Walaubagaimanapun, Ketika mengunyah Gula getah kita menelan banyak angin.

2. Bijirin

Makanan yang berasaskan bijirin seperti Oat dan gandum boleh menyebab kan gas dalam perut sekiranya diambil selalu.

3. Tenusu

Produk tenusu yang berasaskan Laktosa boleh menyebabkan angin berkumpul dalam usus pada peminumnya. Laktosa yang mengandungi gula semula jadi menyebabkan angin tersebut.

4. Buah

Buah seperti cempedak, nangka, petai termasuk buah yang boleh menyebabkan angin dalam badan.

5. Sayuran

Kesemua jenis sayur kacang, timun, patola, terung adalah sayur yang boleh menyebabkan angin dalam badan. selain dari itu, taugeh dan sayur buncis juga penyebab angin.

6. Minuman Bergas (Bikarbonat)

Minuman seperti soda dan bergas mengandungi banyak gas. Jadi tidak hairanlah Doktor selalunya menasihatkan agar menjauhkan minuman ini.

7. Makanan yang sejukkan.

Ais batu dan makanan yang disejukkan seperti buah boleh mengundang angin dalam badan.

8. Ada jenis ubat-ubatan yang mengandungi dadah dan boleh menyebabkan angin dalam badan. Mungkin itulah sebab ada jenis ubat diwajibkan telan selepas makan.

Itulah sedikit info tentang makanan berangin yang harus anda elakkan pada masa-masa tertentu seperti sewaktu baru lepas bersalin dan sedang berpantang, perut kosong dan sedang mengalami masalah angin dalam badan. Ingatlah kesihatan itu sangat mahal.

Semoga info ini bermanfaat untuk semua..

 

You may also read!

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...
7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

Apakah itu Stress? Adakah Stress itu bahaya? menurut Portal http://www.myhealth.gov.my Stress adalah - Stres atau tekanan adalah

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu