Lee Chong Wei Kembali Beraksi Selepas Sembuh Dari Kanser

Sharing is caring!

Lee Chong Wei Kembali Beraksi Selepas Sembuh Dari Kanser – Khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia. Bekas pemain badminton no 1 dunia iaitu Dato Lee Chong Wei dikhabarkan akan memulakan latihan untuk beraksi semula di arena sukan badminton. Sebelum ini Lee Chong Wei menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan.

Rawatan kanser tersebut berhasil dan kini Dato Lee Chong Wei kembali sihat seperti dahulu dan mengkhabarkan akan memulakan latihan  dan fokus pada sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020 nanti.

Di harapkan Dato Lee Chong Wei akan kembali mewarnai arena sukan badminton di negara kita dan peringkat antara bangsa.

Baca Juga: Datuk Lee Chong Wei Sah Hidap kanser Hidung Peringkat Awal

 

Astroawani:

KUALA LUMPUR: : Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek menyifatkan keputusan anak didiknya Datuk Lee Chong Wei kembali mewarnai sukan badminton adalah satu kejutan dan berita gembira untuk peminat di seluruh dunia.

Misbun percaya hanya kegembiraan di gelanggang sahaja dapat mengubati setiap kesakitan yang dihidapi oleh jaguh badminton itu yang kini telah sembuh daripada barah hidung tahap satu.

“Peminat-peminat semua rindu dengan corak permainan dia di gelanggang. Saya percaya apabila ilmu badminton sudah tertanam dalam dirinya, sampai bila-bila semangat itu sentiasa ada.

“Sekarang ini saya percaya, dalam hatinya (semangat) lebih baik daripada dulu. Apabila dia beritahu akan kembali ke gelanggang sudah tentu harapan dan semangat juangnya tinggi. Ramai orang yang mengalami nasib sama seperti Chong Wei akan berputus asa. Tetapi Chong Wei sangat luar biasa.

“Saya tidak terkejut kalau prestasinya masih seperti dulu dan mungkin lebih baik lagi,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini

Chong Wei semalam mengumumkan keputusannya untuk terus beraksi dalam arena badminton dan menyasarkan penampilan kelima di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau merupakan pemenang pingat perak tiga kali berturut-turut di Olimpik bermula 2008, 2012 dan 2016.

Beliau sebelum ini berehat seketika dalam arena badminton selama empat bulan kerana perlu menjalani rawatan kanser di Taiwan dan dijangka kembali ke gelanggang pada bulan depan.

Misbun berkata pihak kejurulatihan tidak akan melakukan perubahan drastik dalam program latihan sebaliknya mengikut keperluan bekas pemain nombor satu dunia itu.

“Saya rasa tidak perlu perubahan yang drastik dalam program latihan. Dia tahu bagaimana perlu mulakan latihan dan meningkatkan latihannya mengikut peringkat yang biasa dilakukannya. Sekarang ini pihak kejurulatihan perlu bersabar dengan permintaan beliau (tahap latihan mengikut kemampuan Chong Wei) dan modul-modul yang akan diberikan kepadanya.

“Paling penting adalah memastikan Chong Wei memulakan latihan dengan tenang, tidak perlu banyak fikir dan ini akan membawa kepada satu penampilan yang baharu untuk dirinya,” katanya.

Dalam pada itu jurulatih Chong Wei, Hendrawan berkata beliau gembira pemain itu membuat keputusan kembali beraksi dan memuji semangat Chong Wei dalam sukan badminton masih tinggi.

“Mengenali Chong Wei, beliau seorang yang mempunyai matlamat. Apabila beliau umum mahu meneruskan kariernya, itu bermaksud beliau menyasarkan sesuatu. Chong Wei bukan pemain yang sekadar bermain, beliau tahu apa yang dia mahu.

“Saya tidak risau tentang teknik atau skill kerana saya percaya Chong Wei tiada masalah mengenai hal itu. Mana-mana pemain hebat di dunia dua perkara itu tidak akan hilang. Paling penting adalah mengembalikan semula kecergasannya,” kata Hendrawan.

Hendrawan antara jurulatih yang bersama-sama Chong Wei di saat pemain itu menghadapi situasi sukar iaitu sebelum ini didapati positif doping jenis dexamethasone pada Oktober 2014.

Jelasnya biarpun mempunyai hubungan rapat dengan Chong Wei, Hendrawan berkata keputusan Chong Wei kembali ke gelanggang adalah satu kejutan kerana tiada perbincangan diadakan mengenai perkara itu.

“Saya tidak pernah tanya dan dia sendiri juga tidak pernah beritahu mengenai status kariernya. Sebelum ini saya hanya melawat beliau dan bercakap soal kesihatannya sahaja,” katanya.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *