Lakukan Hal Ini Agar Anda Sentiasa Sihat

Sharing is caring!

Kesihatan tubuh badan memainkan peranan besar dalam kehidupan kita seharian. Nak keselesaan mengerjakan solat, berkerja mencari nafkah, tumpuan belajar, tumpuan bekerja dan sebagainya memerlukan badan yang sihat agar pekerjaan itu sempurna.

Dengan gaya hidup kebanyakan rakyat malaysia yang gemar untuk tidak bersukan dan pemakanan yang tidak terjaga ditambah lagi tekanan berkerja menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik dan lebih malang lagi penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetis yang dulunya hanya didominasi umur lingkungan 40 tahun dan ke atas.

saat ini umur 30an, 20an malah belasan tahun juga penyumbang statistik penyakit tiga serangkai ini di Malaysia. Coba fikir sejenak!! dimana silapnya? tentulah GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT.

Gaya hidup meliputi kesemuanya termasuk pemakanan, sosial, keluarga, cara menangani masalah, keaihatan diri dan dan sebagainya.

Kunci untuk menghindari daripada penyakit-penyakit yang kita semua cuba elakkan adalah Kekalkan kesihatan diri dengan gaya hidup yang sihat.

Dan hal yang perlu lakukan agar kita sentiasa sihat adalah:

PEMAKANAN YANG SIHAT.

Amalkan makan berserat seperti buah dan sayuran ataupun makanan lain yang tinggi kandungan serat. serat penting untuk kebersihan usus kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada perut atau usus yang kotor.

RASULULLA SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

RASULULLA SAW bersabda

mafhumnya:“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami).

kurangkan juga pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kafein kerana kafein boleh menggangu penghadaman atau pencernaan.

banyakkan minum air kosong kerana air kosong tidak dapat dinafikan kebaikannya pada tubuh. selain melancarkan fungsi usus ia dapat mengawal suhu badan agar sentiasa normal.

 

BERSENAM

Bersenam la paling kurang tiga kali seminggu. senaman penting untuk kekalkan badan yang sihat. Tahukah kita, peluh yang keluar daripada tubuh apabila bersukan adalah asid atau toksik di dalam tubuh. apabila ianya tidak dikeluarkan, pelbagai penyakit akan menyerang kita. senaman juga dapat meningkatkan stemina dan menjadikan awet muda. Oleh itu bersenamlah apa juga jenis senaman yang penting senaman yang boleh mengeluarkan peluh.

TIDUR YANG CUKUP

Pernahkah anda tidak cukup tidur, dan apa pula keadaan anda pada hari tersebut? mestilah mengantuk sepanjang hari. Tahukan kita bahawa tidur adalah berfungsi untuk merrehatkan badan serta otak kita setelah seharian bekerja.

amalan tidur yang tidak mencukupi mengakibatkan badan dan otak tidak dapat rehat secukupnya. Lama kelamaan penyakit akan senang menyerang badan akibat dari lemahnya pertahanan tubuh. Tahukah anda diabetis serta obisiti boleh disebabkan tidur yang tidak mencukupi.

BERSOSIAL

Bersosial mampu menghilangkan tekanan atau stress oleh itu betapa pentingnya pergaulan dengan keluarga dan masyarakat. banyakkan masa bersama dengan ahli keluarga.

elakkan atau kurangkan terlalu menumpuhkan dengan gadget kerana ia salah satu punca seseorang kurang begaul walaupun sesama keluarga terutamanya anak isteri.

MAKAN MAKANAN TAMBAHAN

Masa kini masyarakat berlumba-lumba mencapai apa yang mereka cita-citakan termasuk pekerjaan dan pengajian sehingga pemakanan tidak terjaga. Makanan tambahan atau suplemen untuk kekalkan kesihatan diri.

Suplemen penting untuk tubuh kerana membekalkan zat-zat, vitamin serta mineral pada tubuh. walaubagaimanapun bagi individu yang menjaga dari segi pemakanan, suplemen mungkin tidak diperlukan melainkan atas nasihat doktor.

MENGJAGA SOLAT

Tahukan anda mengikut kajian yang dibuat, pergerakan-pergerakan solat mampu menyihatkan tubuh. Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

berdasarkan kajian tersebut, seseorang yang menjaga solat 5 kali sehari akan menjadikan dirinya sihat, dapat membakar lemak daripada pergerakan solat, melancarkan fungsi buah pinggang dan jantung. Info penuh

Selain itu banyakkan berdoa selepas solat agar dikurniakan kesihatan berpanjangan kepada diri dan ahli keluarga Aamiinn..

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *