Colonel-Sanders-Story-KFC-Never-Give-Up

Kisah sebenar Kolonel Sanders Pengasas KFC

Sharing is caring!

Colonel-Sanders-Story-KFC-Never-Give-Up
Colonel-Sanders-Story-KFC-Never-Give-Up

 

Pada usia 5 tahun, bapanya meninggal dunia. Pada usia 16 tahun dia berhenti sekolah. Pada usia 17 tahun dia sudah kehilangan empat pekerjaan.

Pada usia 18 tahun dia berkahwin dan selepas itu Dia menyertai tentera dan dilatih di sana.

Pada usia 20 tahun isterinya meninggalkannya dan membawa anak mereka sekali. Selepas kejadian itu Dia berkerja sebagai tukang masak di sebuah kafe kecil dengan berkeyakinan isterinya akan pulang ke rumah.

Pada usia 65 dia bersara. Kerana sering gagal dalam kehidupan beliau memutuskan untuk membunuh diri.Dia duduk sambil menulis surat wasiatnya, tetapi sebaliknya, dia menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya & berpikir tentang betapa bagusnya dia memasak.

kemudian dia meminjam $ 87 untuk menggoreng ayam menggunakan resipinya, dan menjual dari pintu ke pintu. Pada usia 88, Kolonel Sanders, pengasas empire  Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah seorang mil

pengasan makanan KFC
pengasas KFC

Pada tahun 1935 Gabenor Kentucky (merupakan nama sebuah Tempat) yang bernama Ruby Laffoon  menganugerahkan Sanders gelaran Colonel disebabkan jasanya kerana mempopularkan hidangan masyarakat tempatan.

pangkat Colonel bukannya dianugerahkan semasa sanders mengikuti tentera yang selama lebihkurang 3 tahun.

 

resipi Sanders mula popular sewaktu dia menguruskan sebuah stasen minyak. pada ketika itu sanders mendapat kontrak menguruskan stasen minyak di usia 40 dan pada tahun 1930.

waktu itu ia mendapati ramai pengunjung menghadapi kesukaran mendapatkan tempat makan dalam ertikata lain Restoran. Sanders mendapat idea untuk menjual makanan di sana dengan resepinya.

Ramai pengunjung datang ke stesen minyaknya kerana kurang tempat makan dan kerana resipinya yang enak. Melihat perniagaannya maju, Sanders membeli sebuah motel berhampiran dengan stesennya dan mengubahsuai menjadi sebuah restoran yang diberi nama ”Sanders Court And Cafe” dan boleh memuatkan 142 orang pelanggan.

Selepas dari itu Harland Sanders mulai terkenal. beberapa tahun selepas itu, iaitu awal tahun 1950 nasib tidak menyebelahi Sanders.

Lebuhraya baru yang lebih baik telah dibina mengakibatkan orang tidak lagi melalui jalan yang selama ini melewati stesen minyak Sandes.

Selepas itu Sanders menjual kesemua asetnya dan giat mencari restoran-restoran atau pengusaha yang mahu menggunakan resipi ayam gorengnya yang terkenal itu dan berjaya mendapatkan rakan niaganya.

Restoran itu bernama Do Drop Inn yang terletak di Salt Lake City yang juha merupakan tapak pertama Kentucky Fried Chicken.

Pada tahun 1963, Sanders menjual kesemua aset francaisnya sebanyak 200 cawangan dengan nilai 2 juta dan meneruskan tugas sebagai duta sahaja sehingga akhir hayatnya.

Para 16 Dis 1980 Sanders meninggal dunia akibat penyakit yang ditanggunginya di usia 90 tahun.

Sehingga kini terdapat lebih dari 18000 cawangan KFC di 115 buah negara dan angka ini dijangka terus berkembang

itulah kisah secara ringkas kehidupan seorang yang yang bernama colonel Sandres pengasas empire makanan Kentucky Fried Chicken KFC yang kita selalu makan selama ini.

Kisahnya boleh memberikan kita inspirasi betapa umur bukanlah penghalang seseorang untuk berjaya. Walaupun beliau sering gagal dalam kehidupan sehinggakan nyaris membunuh diri namun dapat memikirkan satu positif dari dirinya yang membawa kepada kejayaan.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *