Khasiat Halia Pada Tubuh Yang Perlu Anda Tahu

In KESIHATAN

Halia merupakan sejenis rempah yang sering digunakan dalam masakan seharian kita. namun tahukah anda, halia memiliki keajaiban dari segi perubatan dan bermanfaat pada kesihatan tubuh kita. Halia banyak tumbuh subur di beberapa negara bercuaca panas seperti negara India, Afrika, China dan juga termasuk di negara kita

Halia mengandungi sarat dengan nutrien dan sebatian bioaktif yang mempunyai banyak manfaat pada tubuh bandan termasuk otak manusia.

Berikut adalah Khasiat Halia pada tubuh badan kita:

1. Merawat Rasa Mual

Halia dapat merawat kebanyakan bentuk rasa loya atau mual. Sebagai contoh sejarah penggunaan halia sebagai ubat mabuk atau loya disebabkan mabuk laut. Selain itu terdapat beberapa bukti menunjukkan halia berkesan seperti ubat preskripsi. (1)

Halia juga berkesan menghilangkan rasa loya selepas pembedahan dan pesakit kanser selepas menjalani kimoterapi.

Halia juga sesuai bagi dan berkesan menghilangkan loya saat ibu hamil.

2. Halia Mampu kurangkan Sakit Otot

Halia telah terbukti berkesan terhadap sakit otot yang disebabkan oleh senaman. (2)

Kesan penggunaan halia pada otot mungkin bukan kesan serta merta tetapi penggunaan secara konsisten atau sehari-hari.

3. Kurangkan Sakit Ketika Haid

Berita baik untuk para wanita kerana halia sebenarnya berkesan untuk mengurangkan sakit ketika haid. Dengan mengambil halia seperti teh halia pada peringkat awal haid atau datang bulan boleh mengurangkan sakit.

4. Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak

Halia mampu melegakan sakit tekak dan batuk. Ini dibuktikan oleh petua orang tua-tua iaitu sediakan segelas air panas dan rendam halia itu ataupun boleh juga direbus beberapa minit. Ambil air rendaman halia tersebut dan tunggu sehingga menjadi suam lalu campurkan dengan madu asli kemudian diminum.

5. Menurunkan Paras Kolestrol

Dengan mengamalkan memakan halia dengan menambah halia dalam masakan mampu menurunkan paras kolestrol. Seperti kita tahu kolestrol jahat dapat membahayakan jantung kita .

6. Mampu mencegah pertumbuhan Kanser

Terdapat satu bahan di dalam halia iaitu 6-gingerol  yang bersifat mencegah pertumbuhan kanser. 6-gingerol  adalah bersifat anti kanser yang membantu pesakit kanser terutamanya kanser ovari dan kanser payudara.

7. Menurunkan Berat Badan

Halia mampu membakar lemak di dalam tubuh dan menghapuskan lemak tepu dalam badan seterusnya dapat mengurangkan berat badan sesorang. walaubagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang baik, pengambilan halia mestilah konsisten.

8. Membantu Sistem Pemghadaman.

Halia mampu menjadi agen pembersih dan membantu melancarkan sistem penghadaman kita. Selain itu dapat membuang angin dalam badan dan melegakan senak perut akibat makan yang tidak teratur.

9. Mencegah Penyakit Alzheimer

Baca Juga: Khasiat Air Halba

Halia mempu meningkatkan fungsi otak dan melindungi daripada mendapat penyakit Alzheimer

Di atas adalah beberapa khasiat halia pada tubuh yang perlu anda tahu. semoga perkongsian info ini dapat memberi manfaat pada pembaca..

You may also read!

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

Kesan Stress Kepada Pelajar - Pernahkah anda mendengar berita pelajar bunuh diri atau cubaan bunuh diri akibat tertekan dan

Read More...
Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu