khasiat buah delima yang wajib anda tahu

Sharing is caring!

Khasiat dan manfaat buah Delima yang wajib anda tahu kerana buah Delima mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Selain daripada menyingkirkan lemak dalam badan, iya juga bermanfaat pada diri yang mengidap atau memcegah pelbagai penyakit seperti penyakit berkaitan dengan jantung, buah pinggang dan banyak lagi.

Menurut kajian baru-baru ini yang dilakukan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh, buah delima dapat mengurangkan lemak dalam badan terutamanya sekitar perut. Di bawah adalah senarai Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

Khasiat Buah Delima

1. Kerangkan Lemak

Buah Delima mampu melawan lemak terutamanya di bahagian usus di mana ianya membantu proses membawa makanan yang kita makan ke saluran pencernaan. Dengan ini ia dapat membantu untuk mengelakkan pembentukan dan pengumpulan lemak. selain daripada itu dapat meningkatkan metabolisma badan. Ia juga dapat meningkatkan kolestrol yang baik dan mengurangkan kolestrol yang tidak baik untuk tubuh.

2. Anti-Radang.

Melalui kajian yang dibuat, buah Delima mempunyak khasiat untuk mengurangkan keradangan seperti buasir, keradangan saluran pencernaan. selain dari itu, buah Delima dapat membantu keradangan pada penghidap kanser kolon dan kanser payu dara.

Biji Delima dapat membantu dalam masalah buasir menurut dalam perubatan Cina. Air pada buah Delima bertindak sebagai astrgen yang disapu kebahagian yang bengkak sehingga sembuh

3. Merangsang Tenaga Batin.

Buah Delima mempunyai antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah termasuklah dialat kelamin. Bagi yang mempunyai masalah tenaga batin, Jus Delima adalah pilihan terbaik. Jus ini boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai herba berdekatan.

4. Menurunkan Tekanan Darah.

Bagi pengidap tekanan darah tinggi atau hypertension, boleh lah mengamalkan makan atau minum jus buah Delima Kerana phytochemical’ yang terkandung dalam buah Delima mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Jika diri atau keluarga menghidap tekanan darah yang tinggi boleh la nasihatkan untuk amalkan makan Buah delima.

5. Mencegah dan Melawan Penyakit Jantung.

Buah Delima boleh melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh termasuk jantung. Antiolsidan yang terkandung dalam buah Delima ini dapat memperbaiki sel-sel dalam badan dan mampu mencegah dan melawan penyakit jantung.

6. Kurangkan Risiko Kanser

Seperti yang kita tahu, Antioksidan mampu untuk mencegah seseorang daripada mendapat penyakit Kanser seperti kanser payudara, kanser usus dan sebagainya.  Buah Delima sarat dengan antioksidan yang mampu mencegah daripada penyakit kanser.

7. Mengurangkan Resiko Kencing Manis.

Mengikut Kajian yang telah dibuat, kandungan dalam buah Delima ( dalam jus dan biji ) mampu mengurangkan gula dalam darah. Selain dari itu, Perawat Ayurvedic dan Yunani dari dulu lagi menggunakan buah delima untuk merawat pemyakit diabetes.

8. Menguatkan Daya Ingatan.

Ada beberapa bukti yang menunjukkan buah Delima boleh meningkatkan daya ingatan selain dapat mencegah dan melawan penyakit Alzheimer.

Ternyata Buah Delima mempunyai banyak manfaat kepada kita sama ada yang mempunyai penyakit atau untuk langkah pencegahan. Buah ini juga berguna sebagai kecantikan serta awet muda. Mari kita amalkan buah ini sebagai diet harian kita.

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *