Sharing is caring!

Buah ajaib yang bernama Tin sudah tidak dapat dipertikaikan lagi dari segi kesihatan. Dalam Al Quran buah Tin mempunyai surah iaitu Surah (At-Tin) ini bermakna buah Tin mempunyai rahsia tersendiri. Buah ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Khasiat buah tin untuk wanita hamil juga sangat membantu dan banyak manfaatnya selain daripada membantu kita dalam mencegah penyakit sembelit, kanser, jantung dan sebagainya. Entri kali ini saya akan share khasiat buah tin untuk wanita hamil yang luar biasa.

Khasiat Buah Tin Untuk Wanita Hamil Yang Luar Biasa

1. Sembelit

Seperti yang kita ketahui, masalah yang sering menimpa ibu sedang hamil ialah masalah pencernaan iaitu sembelit. Buah Tin memiliki kandungan serat yang tinggi yang dapat membantu sistem pencernaan. selain dari itu buah Tin dapat meningkatkan baktria baik dalam usus yang penting bagi sistem pencernaan.

2. Keperluan Kalsium.

Kalsium penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang janin. Buah Tin mengandungi kalsium yang tinggi dan bermanfaat bagi ibu hamil. Bagi ibu pula, buah tin mengelakkan terken masalah osteoporosis setelah selamat melahirkan anak.

3. Menstabilkan Tekanan Darah.

Terdapat para ibu yang hamil mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil. Buah Tin dapat menurunkan tekanan darah ke paras yang normal dengan cepat. Juga mengandungi antioksidan yang tinggi bagi menghalang plak pada pembuluh darah.

4. Menurunkan Kolestrol

Buah Tin dapat menurunkan kolestrol pada ibu sedang hamil. Buah Tin mengandungi Omega 3, asam lemak omega 6 dan jiga Fitosterol yang mampu menurunkan kolestrol pada ibu hamil dengan berkesan dan cepat.

5. Kesihatan Mata

Salah satu keajaiban buah Tin adalah dapat menyihatkan mata ibu selepas melahirkan anak. Salah satu masalah yang dihadapi ibu selepas melahirkan anak ialah masalah kesihatan mata.

6. Membantu Perkembangan Janin

Asam Folat yang tinggi pada buah Tin dapat membantu perkembangan janin. Selain daripada itu, Folat yang tinggi pada buah Tin mampu memyihatkan otak bayi agar sihat dan lebih cerdas.

7. Masalah Kulit

Kebiasannya sebelum bersalin dan selepas, kulit  menjadi tidak cantik disebabkan hormon kehamilan merosakkan pigmen pada kulit seperti bintik-bintik hitam. Buah Tin dapat mengatasi masalah kulit tersebut dengan mengamalkannya.

8. Kurangkan risiko Diabetis

Masalah yang sering terjadi pada ibu hamil ialah mengalami peningkatan gula dalam darah atau diabetis. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan pada ibu hamil. Sekiranya ibu hamil mengamalkan memakan buah Tin, kandungan gula dalam darah dapat dturunkan ke peringkat normal.

 

Selain daripada kebaikan buah Tin kepada ibu hamil atau mengandung, buah Tin juga bermanfaat kepada semua lapisan status dan umur. Jika buah ini diamalkan untuk diet seharian, insyallah dengan izin Allah S.W.T. kita dihindarkan daripada penyakit yang merbahaya..

Berikut ini firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW mengenai buah Tin:
Allah swt berfirman,

 ” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)

Abu Darda radhiallahu’anhu  meriwayatkan bahwa Nabi bersabda :

 “Sekiranya kukatakan ada buah-buahan yang turun dari surga maka itulah buah tin. Sebab, buah-buahan surga itu tanpa biji. Makanlah ia, karena ia dapat menghentikan wasir dan bermanfaat menyembuhkan encok“  (Dituturkan oleh Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma’aad )

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *