Khasiat Air Halba Pada Kesihatan Tubuh Lelaki Dan Wanita

Sharing is caring!

Pernahkah anda dengar Halba? halba adalah sejenis herba yang selalu digunakan dalam masakan. Kalau di Malaysia Halba boleh didapati dalam masakan Nasi Dagang Terangganu. Ia adalah dari keluarga kacang (Fabaceae) dan juga dikenali sebagai rumput Yunani (Trigonella foenum-graecum). Dalam bahasa inggeris halba di namakan Fenugreek. Walaubagaimanapun, tahukah anda khasiat air halba pada kesihatan tubuh kita? Artikel kali ini saya akan kongsikan khasiat air halba pada kesihatan tubuh lelaki dan wanita yang mungkin jarang anda dengar.

Khasiat Air Halba Pada Kesihatan Tubuh

1 – Memperbaiki Masalah Penghadaman dan Tahap Kolestrol

Bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam perut, halba berupaya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan penghadaman seperti keradangan perut dan masalah sembelit. Helba juga bermanfaat pada kesihatan jantung dengan mengelakkan saluran alteri daripada mengeras dan menurukan paras kolestrol sehingga ke tahap normal.

Satu kajian yang telah dibuat di India di mana 2.5 gram halba diberikan kepada beberapa orang yang mengidap penyakit Diabetis dengan kekerapan 2 kali sehari selama 3 bulan. Kajian menunjukkan penurunan gula dalam darah serta tahap kolestrol yang ketara.

2 – Penggalak Susu Ibu

Susu ibu adalah makanan bagi bayi yang baru lahir. 6 bulan pertama ibu wajib memberikan susu ibu untuk membentuk antibodi anak yang kuat. Namun ada sesetengah ibu mengeluh disebabkan susu tidak mencukupi untuk anak mereka. Tahukah anda, Halba berupaya menambah pengeluaran atau penghasilan susu pada ibu. Ini dapat dibuktikan, terdapat kajian di mana halba dapat menggalakkan penghasilan susu ibu.

3 – Kesihatan Lelaki

Halba dapat merawat masalah seksual lelaki. Ini kerana halba mengandungi hormon testosteron yang berupaya merangsangkan keinginan seksual. Selain itu halba juga dipercayai dapat menyelesaikan masalah mati pucuk di kalangan lelaki.

Satu kajian yang diterbitkan melalui Penyelidikan Phytotherapy, di mana seramai 60 orang lelaki berumur di antara 25 hingga 52 tahun (tanpa sejarah mati pucuk) diberikan sebanyak 600 miligram eatrak halba seriap hari selama enam minggu. Hasil kajian mendapati estrak halba mempengaruhi kegairahan seksual, stamina dan tenaga lelaki yang lebih baik.

4 – Menurunkan Berat Badan.

Halba mengandungi serat yang tinggi yang mampu menurunkan berat badan anda. Halba juga mampu mengawal atau mengurangkan rasa lapar seterusnya berat akan berkurang kerana selera makan dapat dikawal.

5 – Meningkatkan Imuniti Tubuh

Khasiat air halba seterusnya adalah dapat meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan tubuh. Ini kerana halba mengandu songi serat dan mineral yang baik seperti zat besi dan magnesium yang berupaya meningkatkan daya pertahanan tubuh badan dengan baik. Air halba elok di amalkan bagi sesiapa yang sering batuk, demam atau selesma.

Antara Lain Khasiat Air Halba

  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan senak dan kembung perut
  • Menyihatkan jantung
  • Menghilangkan lendir tekak
  • Menghilangkan senggugut
  • Melegakan migrain
  • Menyembuhkan Buasir
  • Menyembuhkan sembelit
  • Menyembuhkan radang kulit dan bisul.

Cara-cara Penyediaan:

Goreng biji halba dengan api yang seserhana untuk mengelakkan dari hangus. Goreng tanpa minyak. Selepas sudah masak, masukkan ke dalam apa-apa bekas seperti gelas dan tuangkan dengan air panas. kemudian tunggu sehingga air menjadi suam kemudian minum. Boleh di amalkan selalu.

Kesimpulan

Herba Halba ini sangat bermanfaat pada tubuh kita. Gunakan kelebihan halba ini kerana herba ini sangat mudah didapati di mana-mana terutamanya di pasar raya atau kedai-kedai herba dan harganyapun sangat murah. Semoga artikel Khasiat Air Helba ini bermanfaat kepada anda semua.

Baca Juga: Khasiat Buah Tin Untuk Wanita Hamil Yang Luar Biasa

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.