Kesihatan Yang Sangat Mahal

Sharing is caring!

    Utamakan kesihatan

Kesihatan Yang Sangat Mahal. hari ini saya akan bicarakan sedikit tentang Kesihatan melalui sumber-sumber tertentu dan dari pengalaman sendiri juga. tahukah kita kesihatan itu mempunyai nilai yang tidak terhingga. Ia berkait dengan kehidupan kita sehari-hari.

Ok.. Mm “kesihatan” satu topik yang hari-hari kita dengar secara langsung atau tidak langsung.. siapa yang tidak mau sihat? siapa yang tidak mahu sihat sepanjang masa hingga ke hari tua? angkat tangan!! huhu..

teman semua, kesihatan adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai harganya, cuba teman renung sejenak.. apa gunanya kekayaan kalau diri tidak sihat? apa gunanya keluarga yang sempurna sekiranya menghadapi penyakit yang kronik?

Untuk Renungan Bersama

Masih ingatkah kita semua kepada pengasas/pemilik Apple Co iaitu Steve Jobs.. harta beliau dianggarkan 10 bilion atau lebih bersamaan dengan RM46 bilion wang malaysia.. namun beliau mengidap penyakit kanser pankeras dan meninggal pada tanggal 05 Oktober 2011 diusia 46 tahun.

inilah kata- kata Steve Jobs sebelum menghembuskan nafas terakhir..

“Dalam dunia business,
aku adalah simbol dari kejayaan,
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan,

kerana selain kerja,
hobiku tak banyak.
.
Saat ini
aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan,
nama, dan kedudukan,

semuanya itu tidak ada ertinya lagi.
.
Malam yang hening,
cahaya dan suara mesin
di sekitar katilku,
bagaikan nafasnya
maut kematian yang hampir pada diriku.
.
Sekarang aku mengerti,
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja
itu sudah cukup.
.
Mengejar kekayaan tanpa batas itu
bagaikan monster yang mengerikan.
.
Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih
yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.
.
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah
— itu hanya ilusi saja.
.
Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup,
tak mungkin boleh ku bawa pergi.
.
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.
.
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.
.
Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit.
.
Orang lain boleh bukakan kereta untukmu,
orang lain boleh kerja untukmu,
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.
.
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali,
tapi nyawa hilang
tak boleh kembali lagi.
.
Saat kamu masuk
ke bilik bedah,
baru kamu sedari betapa berharganya kesihatan itu.
.
Kita berjalan di jalan kehidupan ini.
Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.
.
Bagaikan panggung pentas pun,
tirai panggung akan tertutup,
pentas telah berakhir.
.
Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah
.
hubungan kasih antara keluarga,
cinta akan suami-isteri
dan juga kasih persahabatan antara teman.
.
HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,
.
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG”

sumber ini daripada program wawancara bersama beliau dari Magazine “The Last Word”..

Kata-kata beliau sunggu menginsafkan kita termasuk diri ini betapa Mahalnya kesihatan yang dianugerahkan kepada kita.. kalau ada yang tidak insaf lagi, tak tahu la nak cakap lagi huhu..

Pengalaman Peribadi

Ok bab kesihatan dari pengalaman sendiri mm.. time remaja dulu (kisah dulu kala la pula haha) masa tu badan slim habis la sebab aktif bersukan. sukan saya cuma satu ja, Bola sepak. walaupun tidak seterer Cristiano Ronaldo dan Messi namun yang penting aktif, tiap-tiap petang kompom main bola la katakan haha..

nak tau, kalau awan mendung kompom kecewa habis la sebab tak dapat main bola.. maklum la waktu tu Futsal belum ada lagi..

Pada tahun 2008 dapat apply masuk kerja.. nah.. mula dari tu la kesihatan tidak terjaga.. sukan sebulan sekalipun susah.. makan jangan cakap la semua bantai masuk mulut haha.. dari berat sekitar 58kg – 62kg naik kepada berat 70kg-79kg sedihnya.. waktu tu mulalah satu demi satu penyakit datang..

dan yang paling sengsara angin badan plus gestrik, selalu migren, tekanan darah turun naik dan macam-macam lagi la.. dada selalu sakit macam simtom sakit jantung tapi alhamdullilah pi cek di klinik dan hospital bukannya jantung. mungkin angin geatrik atau penyakit Gerd sudah kronik.

selepas berubat sana sini termasuk la perubatan alternatif keadaan semakin teruk. badan sebelah kiri sangat sakit macam urat-urat mengeras. memang azab betul la..

Penyelesaian

Ok nak cerita pula penyelesaiannya.. selama hampir setahun lebih hidup menderita saya cuba dan tetap cuba mencari solusinya termasuklah yang paling penting iaitu memohon kepada Allah SWT diberikan hidayah agar dapat penawar dan alhamdullilah dapat jawapannya.. nak tahu? tunggu artikel selanjutnya haha.. sori gurau skit..

GAYA HIDUP.

bukan bergaya ya teman-teman tapi Gaya hidup yang tidak sihat. contohnya kita dilarang makan itu ini, tapi degil nak juga.. nak tahu kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat..

kalau saya mee segera plus pedas, minuman bergas, makan tidak ikut masa, suka makan makanan segera suka makan makan masam-masam ( kalau orang sabahan macam saya ni kalau tak ada makanan asam-asam+pedas selera tak naik haha).. ditambah lagi dengan perokok tegar kompom la penyakit muncul.

Selepas itu saya ubah gaya hidup lebih kurang 90° ..  saya ubah cara pemakanan contohnya berhenti makan sebelum kenyang, makan makanan yang berkhasiat, puasa makan pedas dan asam (lupa pula berapa lama tapi berbulan juga la), aktif bersukan semula, buang tabiat minum minuman bergas, kurangkan makanan berminyak dan banyak lagi yang diubah.. dalam ertikata lain makan ikut piramid makanan..

piramid makanan

Syukur kepada Tuhan usaha berbuah hasil.. setelah berbulan amalkan gaya hidup yang sihat keaihatan bertambah baik sehingga ke hari ini. sekarang berat maintain sekitar 64kg-67kg sahaja.. saya bersyukur dengan anugerah keaihatan ini.

Nak tau, Rasulullah S.A.W Bersabda : Sumber penyakit adalah perut.perut adalah gudang penyakit dan puasa adalah obat.( Hadits riwayat Muslim )

Penutup

yang paling penting adalah jaga pemakanan dan amalkan bersukan tidak kira apa jenis sukan sekalipun dan konsisten paling kurang 3 kali seminggu..

sekian dulu la ye teman-teman, itu sahaja untuk hari ni.. nanti kita sambung lagi cerita tentang keaihatan ni.. sesiapa yang sudi kongsikan pengalaman tentang kesihatan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

 

salam…

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *