Sharing is caring!

Entri kali ini kita akan bincangkan kesan telefon bimbit kepada masyarakat yang wajib anda tahu. Seperti yang kita semua maklum, telefon bimbit atau gadget merupakan satu alat perhubungan yang mesti dan wajib dimiliki setiap individu pada masa kini. Lihat lah sekeliling kita, semua lapisan masyarakat mempunyai alat ini. Tidak kira tua, muda, remaja dan kanak-kanak seawal 2 tahun sudah memiliki telefon.

Apa yang merisaukan kita ialah cara pengunaan dan siapa yang menggunakannya serta golongan apa yang menggunakannya. Tentunya kanak-kanak seawal 2 tahun juga merupakan golongan yang  tidak ketinggalan untuk memiliki telefon. ini mungkin agak merisaukankan kita kerana banyak impak negetif berlaku apabila telefon bimbit tidak dikawal selia oleh kita.

Kesan Buruk Telefon Bimbit Kepada Masyarakat Yang Wajib Anda Tahu

Lihat sekeliling kita!! pergilah ke warung-warung, kedai kopi atau restoran dan sebagainya. Dalam satu meja makan contohnya, berapa ramai masyarakat sedang berborak dan berapa ramai yang asyik pengang telefon bimbit? mengikut pemerhatian dan pengalaman sendiri peratusan yang sedang leka bermain gadget lebih tinggi berbanding dengan bersembang dengan kawan-kawan atau keluarga. Kesan telefon bimbit dapat merenggangkan pergaulan sesama kita sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Kita lihat pula kesan buruk telefon bimbit kepada keluarga. Makan satu meja tapi suasana sunyi sepi. bayangkan bunyi unggas pun boleh kedengaran. lucu bukan, tapi itulah halikatnya yang terjadi masa kini. Tangan kanan memegang sudu makan, kiri pula pegang telefon bimbit, ibubapa pula buat tak tahu atau 2×5 sahaja.

Masa untuk berehat selepas makan yang menjadi kebiasaan dahulu sebelum ada gadget dipenuhi dengan gelak riang atau suara-suara komunikasi antara ahli keluarga diganti dengan suara berasal daripada TV. setiap ahli keluarga asyik memegang telefon. Mereka asyik sibuk di media sosial atau permainan dalam telefon.

Baca juga: Anak Lemas Ketika Ibu Sedang Leka Bermain Telefon

Selain itu, kanak-kanak kecil seawal umur 2 tahun sudah pandai bermain telefon. Kalau tak bagi sudah tentu meragam dan menangis ala-ala gaya Superman terbang :). tahukah kita kesan telefon bimbit kepada kanak-kanak? telefon boleh mempengarui minda dan kesihatan kanak-kanak tersebut seperti ketumbuhan di otak, pertumbuhan terbantut, perkembangan akedemik menurun dan sebagainya.

Dari segi kelelamatan pula, ramai masyarakat mengamalkan pemanduan kenderaan sambil bermain gadget atau telefon bimbit. bukan sahaja pemandu kereta bahkan pemandu motosikal pun tidak lepas peluang bermain telefon sambil memandu. Banyak kes kemalangan jalanraya di malaysia melibatkan kecuaian kerana bermain telefon bimbit.

Penutup

Walaubagaimanapun, telefon bimbit jiga digunakan dengan bijak dan dikawal selia, ia sangat berguna dan berani saya katakan kita yang dewasa ini harus memiliki kemudahan teknologi bagi mempermudahkan segala urusan penting. Namun sekiranya tidak diselia kemudahan telefon bimbit boleh membawa bala atau kesan buruk jangka masa panjang pada masyarakat.

Sebenarnya banyak lagi keburukan pengunaan telefon bimbit kepada masyarakat yang wajib anda tahu.. insyallah kita akan bahas di masa yang akan datang.

Sekian..

 

 

 

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *