Kepada Ibu Hamil Jangan Lakukan Tabiat Ini, Bahaya

In KESIHATAN

Semasa ibu hamil sebenarnya tidak terlalu banyak pantang larang yang harus dipatuhi. Namun ada beberapa aturan atau larangan ketika hamil yang seharusnya diikuti untuk kesihatan anda dan keselamatan bayi dalam kandungan.

1. Jangan Makan Makanan Ini

Senarai makan yang paling tidak perlu ketika wanita hamil.

Ketika Hamil Elakkan makan makanan ini.

  • Daging Mentah dan Kerang: elakkan memakan makanan laut yang tidak dimasak seperti makanan Sushi, Ketam, Udang atau kerang kerana makanan ini adakala resipinya tidak dimasak. Elakkan juga memakan daging lembu atau ayam yang tidak sepenuhnya dimasak seperti resipi Stik Daging kerana boleh tercemar dengan toxoplasmosis atau salmonella.
  • Daging Deli: elakkan makan daging jenis ini yang kebiasannya terdapat pada sandwich maupun hotdog kerana senang dijangkiti bakteria dan menyebabkan Jangkitan pada uterus yang boleh mengakibatkan keracunan darah dan boleh mengancam nyawa bayi anda.
  • Telur mentah: Berhati-hati terhadap beberapa produk yang mengandungi telur mentah seperti sos Hollandaise, mayonis, dan kasta tertentu. Telur mentah boleh menyebabkan risiko salmonella.
  • Keju lembut: Kebanyakan keju lembut yang diimport mempunyai risiko mempunyai listeria. keju lembut seperti Roquefort, feta, Gorgonzola, Camembert, dan Brie harus dielakkan.

Terdapat banyak pilihan makanan yang baik semasa tempoh hamil. Walaupun terdapat senarai makanan kegemaran anda di atas, namun cuba atasi kerana tempoh kehamilan sangat penting. Cuba masukkan plan menu harian anda:

  1. Protein tanpa lemak
  2. lemak sihat
  3. Sayuran dan Buah-buahan segar
  4. Air yang mencukupi

2. Larangan Mengecat

Sebahagian besar cat mengandungi bahan kimia yang membahayakan dan dapat menimbulkan risiko kesihatan termasuk kesihatan bayi dalam kandungan. Elakkan mengecat sendiri rumah atau berada berdekatan dengan cat tersebut untuk mengelak risiko. Sebenarnya bukan bau cat yang membahayakan tetapi kandungan kimia di dalam cat tersebut yang boleh membahayakan.

Ketika kehamilan berada di peringkat trimester pertama, organ-organ bayi sedang terbentuk, terlalu banyak menghidu bau cat akan meninggkatkan risiko kesihatan pada bayi seperti gangguan saraf dan sistem ginjal bayi.

3. Minum Minuman Berkafein Berlebihan

Kurangkan minuman dan makanan yang mengandungi kafein. Ingat kafein bukan sahaja terdapat pada teh dan kopi tapi juga terdapat pada coklat, soda, dan juga ubat-ubatan.

Kebiasannya apabila ibu hamil minum terlalu banyak yang berkafein akan mengakibatkan masalah gangguan pencernaan, kecemasan, jantung berdegup lebih laju, tekanan darah tinggi, migrain dan tremor. Antara kesan terlalu banyak minum berkafein ialah:

  1. Keguguran
  2. Bayi lahir dengan berat yang rendah
  3. Anemia
  4. Masalah Gastrik pada ibu hamil

4. Jangan Mengambil Ubat-ubatan Tertentu

Sesetengah ubatan boleh membahayakan ibu hamil dan bayi dalam kandungan anda. Sebelum mengambil apa-apa ubat atau suplimen, pastikan berbincang dengan doktor sama ada ianya selamat ataupun tidak.

5. Hindari membersihkan Kotoran Kucing

Cuba hindari membersihkan kotoran kucing terutamanya saat anda hamil. Antara kesan terdedah dengan kotoran kucing adalah terdapat toksoplasmosis di kotoran kucing. Bakteria parasit toksoplasma yang dapat pada najis kucingmenyebabkan penyakit serius atau kematian pada janin.

6. Jauhi Asap Rokok

Merokok sangat membahayakan pada ibu hamil dan janin. Walaubagaimanapun, tahukah anda, asap kedua iaitu asap daripada orang yang merokok lebih membahayakan pada ibu hamil dan janin. Pendedahan pada asap rokok boleh menyebabkan risiko:

  1. Keguguran
  2. Kanser
  3. Bayi pramatang
  4. Berat bayi baru lahir rendah
  5. Kematian bayi secara tiba-tiba

Sangat disarankan ibu hamil agar tidak merokok atau tida berada hampir dengan orang yang merokok.

7. Jauhi Minuman Keras

Elakkan atau jauhi semua jenis minuman keras ketika hamil kerana membahayakan bayi anda. Alkohol melepasi dengan cepat dari aliran darah anda melalui plasenta dan tali pusat kepada bayi anda, dan ini boleh merosakkan otak dan organ bayi anda yang sedang berkembang. Kesan Lain akibat mengambil minuman keras ketika hamil adalah:

  1. Kelahiran pramatang
  2. Kerosakan otak
  3. kecatatan
  4. Keguguran

Semoga artikel ini bermanfaat pada semua pembaca..

Baca Juga: Cara atasi gastrik dengan berkesan

You may also read!

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

Kesan Stress Kepada Pelajar - Pernahkah anda mendengar berita pelajar bunuh diri atau cubaan bunuh diri akibat tertekan dan

Read More...
Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu