Sharing is caring!

Kenali tempat menarik di Daerah Ranau Sabah Yang Wajib Dikunjungi.Daerah Ranau merupakan sebuah Daerah yang padat dengan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Hampir keseluruhan Kawasannya yang berbukit bukau dan sebahagian Kecil lagi tanah rata menjadikan Daerah itu begitu unik untuk dikunjungi.

Sebut sahaja Sabah kompom ingat Gunung Kinabalu. Tahukah anda Gunung Kinabalu terletak di Daerah Ranau di sebuah kawasan daerah kecil ranau iaitu Kundasang. Daerah Ranau mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi selain daripada Gunung Kinabalu dan pastinya setiap pengunjung akan terpegun melihat tempat-tempat menarik di ranau.

Apabila anda datang ke Sabah jangan lepaskan peluang untuk melawat Daerah Ranau kerana mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Beberapa tempat menarik di Ranau yang penuh dengan pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung setiap hari dan tidak kurang juga penduduk tempatan.

Ok disini saya akan kongsikan tempat menarik di Daerah Ranau agar anda boleh mengetahui keunikan Daerah ini dan yang harus anda lawati pabila berkunjung ke Sabah.

Di antara tempat menarik di Ranau adalah:

1. Gunung Kinabalu

 

gunung kinabalu tempat menarik di daerah ranauMerupakan Gunung yang tertinggi di Asia tenggara iaitu 4095 meter. Saban hari ramai pendaki luar dan dalam negara tidak melepaskan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu yang pastinya menarik dan pengalaman yang sukar dilupakan. Keindahan Gunung ini boleh juga dilihat dari daerah-daerah berdekatan seperti tambunan dan keningau.

2. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Ranau Sabah

Kawasan Ladang Teh Sabah yang luas dan bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti. Terletak 120KM daripada bandar Kota kinabalu dan 30 minit perjalanan dari pekan Ranau. Dikelilingi oleh hutan rima berusia jutaan tahun menjadikan Ladang Teh Sabah antara daya tarikan pelancong di daerah Ranau.

Masa beroperasi:

Jumaat 7:00PG–8:00PTG
Sabtu 7:00PG–8:00PTG
Ahad 7:00PG–8:00PTG
Isnin 7:00PG–8:00PTG
Selasa 7:00PG–8:00PTG
Rabu 7:00PG–8:00PTG
Khamis 7:00PG–8:00PTG

3. Tagal Sungai Moroli (Tagal Luanti)

Tagal Sungai Moroli ranau sabah

Tagal Sungai Moroli di sebuah kampung Luanti dan bersebelahan dengan pintu masuk Ladang Teh Sabah yang wajib dikunjungi dan salah satu tempat menarik di Daerah Ranau. Lokasi ini juga adalah tempat ikan dipelihara dan dilarang untuk menangkap ikan. Tagal bermaksud tidak boleh atau jangan. Nikmati keunikan ikan-ikan yang jinak dan boleh berurut kaedah Fish Spa di sana.

3. Desa Cattle Dairy Farm

1.Kenali Tempat Menarik Di Sabah Mengikut Daerah

Desa Cattle Dairy Farm merupakan salah satu tempat menarik di Daerah Ranau yang wajib dikunjungi apabila bercuti di Sabah dan ditubuhkan pada 2010 lalu. Ladang ini mempunyai keluasan 199 hektar di Mesilau, Kundasang Ranau. Ladang ini adalah pengeluar produk tenusu utama di Borneo dan menjadi salah satu tempat kunjungan para pelancong dalam dan luar Negara. Selain itu produk susu, ladang ini juga menghasilkan bekalan daging yang segar.

4. Kolam Air Panas Poring

Kolam air panas Poring Ranau Sabah

Kolam air panas Poring terletak di kaki Gunung Kinabalu. Salah satu lokasi tumpuan para pelancong untuk menikmati kolam air panas. Jarak Kolam air panas Poring daripada Kota Kinabalu adalah 136km dan mengambil masa selama 2 jam perjalanan. Tempat yang tertutup dan dikelilingi oleh hutan rimba yang memukau mata memandang.

Masa Operasi: 9am – 5pm

Harga Tiket

Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM)
Warganegara 3 1
Pelancong Asing 15 10


5. Kundasang War Memorial

tugu War Memorial Kundasang ranau sabah

Kundasang War Memorial Merupakan tugu peringatan untuk memperingati tawanan perang Australia dan British yang terkorban kerana keberanian di Sandakan dan semasa perarakan kematian terkenal ke Ranau semasa Perang Dunia II. Terdiri daripada empat taman utama iaitu Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Kolam Perenungan. Kawasan yang indah untuk dilawati dan jangan lupa untuk singgah sebentar melihat tugu ini yang berada di Kundasang Ranau.

6. Arnab Village (Taman Kampung Arnab)

arnab village kundasang

Sesiapa yang suka pada binatang ini atau minat dengan haiwan arnab jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Arnab Village. Taman ini adalah salah satu tempat menarik di daerah ranau. Terletak di Kampung Purakagis Ranau iaitu berada di tengah-tengah di antara Ranau dan Kundasang. Tempat yang stratigik untuk dikunjungi menjadikan Arnab Village salah satu tempat wajib kunjung apabila berada di Daerah Ranau.

Masa Operasi:

Sabtu 8:00PG–5:00PTG
Ahad 8:00PG–5:00PTG
Isnin 8:00PG–5:00PTG
Selasa 8:00PG–5:00PTG
Rabu 8:00PG–5:00PTG
Khamis 8:00PG–5:00PTG
Jumaat 8:00PG–5:00PTG

Terdapat banyak lagi tempat menarik di Daerah Ranau namun ini sahaja yang sempat saya kongsikan. Entri akan datang saya akan update lagi tempat-tempat menarik di daerah ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan dan info untuk mereka yang bercadang mengunjungi Sabah khususnya Daerah Ranau.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *