Sharing is caring!

Kenali gigitan serangga yang biasa terjadi pada kita sekeluarga kerana gigitan serangga ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius tertamanya kanak-kanak yang masih kecil.

Serangga-serangga ini banyak ditemui di sekitar halaman rumah atau kawasan yang mempunyai tumbuhan. walaubagaimanapun kawasan taman atau bandar juga tidak lepas daripada haiwan ini.

Artikel kali ini akan memberikan sedikit info tentang gigitan serangga dan kesannya terhadap manusia.

Kenali Gigitan Serangga Dan Kesannya

1. Kutu

Haiwan ini sering kita dengar dan hadapi kerana haiwan kutu ini senang menjangkiti anda sekiranya tidak menjaga kebersihan. Kutu sebenarnya banyak ditemukan pada tanaman ataupun badan di bahagian kepala dan mampu melekat pada serta mengigit.

Kebanyakan gigitan kutu tidak berbahaya namun kutu dapat membawa penyakit serius seperti penyakit lyme dan demam berbintik Rocky Mountain

Kebiasannya kutu akan menempel pada bahagian badan yang hangat dan lembab serta sulit dikesan termasuk kulit kepala, ketiak, selangkangan, lipatan kulit, dan area berbulu lainnya.

Gunakan pakaian yang sesuai seperti seluar panjang dan baju panjang lengan serta penutup kepala sewaktu berada di kawasan hutan bagi mengelak daripada dihinggapi kutu.

2. Semut Api

Semut api adalah serangga yang paling sering kita ketemui. Serangga ini berwarna coklat kemerahan sampai hitam kemerahan dan memiliki sengat serta bersarang di bawah tanah. Sengatan haiwan ini biasanya menyakitkan dan menyebabkan gatal.

3. Pepijat (Bedbugs)

Pepijat berwarna coklat kemerah-merahan dan berukiran kurang dari 1 milimeter. Serangga ini sering kita temui di kawasan tempat tidur terutamanya bantal dan tilam. Selain itu juga, haiwan ini sering di temui di kawasan tempat duduk seperti sofa lama.

Gigitan serangga jenis Pepijat tidak mendatangkan bahaya. Biasanya gigitan berbentuk benjolan kecil, merah dan gatal.

Ada beberapa ubat untuk meredakan sintom gigitan jenis pepijat ini yang boleh diperolehi di mana-mana farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun gigitan yang berlebihan boleh menyebabkan jangkitan sekunder.

4. Kalajengking

Haiwan berbisa yang sering kita dengar yang mempunyai panjang lebih kurang 9 hingga 21 cm dan mempunyai sengat di hujung ekornya yang berfungsi mengantar toksin kepada penerima sengat. Selalunya sengatan tidak berbahaya namun ada sengatan yang boleh membunuh.

Gejala sengatan kalajengking termasuk kesakitan, bengkak, dan gatal-gatal di tempat sengatan. Gejala yang teruk pula termasuklah kebas, kesukaran menelan, penglihatan kabur, sawan, dan kesukaran bernafas. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika digigit oleh kalajengking.

5. Pikat

Serangga Pikat ini bersaiz seperti lalat, berwarna kuning atau hitam dengan sayap berpola. Pikat aktif pada siang hari di waktu panas atau atau cerah. Kebiasaanya hidup di sekitar tasik-tasik, pantai atau hutan berhampiran dengan kawasan lembab.

Gigitan biasanya menyakitkan, walaupun kebanyakan tidak teruk. Dalam kes yang jarang berlaku, lalat boleh menghantar bakteria Tularemia, yang memerlukan perhatian perubatan. Cegah gigitan deerfly dengan memakai pakaian pelindung dan menggunakan penghalau serangga.

6. Nyamuk

Serangga ini sering kita ketemui. Gigitannya menyebabkan gatal-gatal. Perlu diketahui gigitan nyamuk ini boleh membawa penyakit seperti virus Malaria, demam denggi dan banyak lagi. Antara penyakit bahaya yang sering terjadi adalah Demam Denggi yang boleh membawa maut. Cegah tempat pembiakan nyamuk terutama nyamuk aedes seperti buang bekas-bekas tempat air bertakung kerana tempat pembiakan utama nyamuk aedes. Untuk melindungi diri sendiri, selalu gunakan penghalau serangga ketika di luar, pakai pakaian pelindung, dan elakkan berada di luar waktu puncak fajar dan senja untuk elakkan gigitan.

Baca Juga: Apakah Itu Demam Denggi

7. Lalat

Lalat adalah haiwan perosak dan pengotor yang boleh membawa pelbagai penyakit pada manusia. Lalat boleh menyebabkan keracunan makanan dan disentri sekiranya makanan kita terlah tercemar atau dihinggapi haiwan lalat.

Lalat berwarna kelabu dan panjangnya kira-kira 1/4 inci. Mereka tertarik dengan tempat sampah, baja, bangkai, dan kawasan lembap, dan boleh menyebarkan bakteria dari kawasan tersebut ke bahagian rumah anda. Pastikan kawasan rumah bersih dari pembiakan lalat seperti sampah yang tidak diuruskan. Sentiasa menutup makanan dengan penutup agar tidak dihinggapi haiwan ini.

8. Lipas

Serangga ini boleh ditemui di seluruh dunia. Serangga ini bukan sahaja membawa penyakit seperti salmonella, mereka boleh menyebabkan reaksi alergi. Gejala alergi terhadap lipas boleh termasuk kulit gatal, tekak gatal, mata gatal dan hidung, dan juga asma.

Untuk mengelak haiwan ini membiak, sentiasa bersihkan rumah, menguruskan sampah dengan baik serta gunakan racun pembunuh serangga apabila perlu.

Pastikan kawasan rumah sentiasa bersih bagi mengelak daripada gigitan serangga-serangga yang boleh mendatangkan masalah pada anda. Yang paling penting musnahkan semua tempat pembiakan serangga ini terutamanya tempat pembiakan nyamuk aedes. Gunakanlah racun pembunuh serangga untuk menghindar daripada serangan serangga seperti nyamuk, lipas dan sebagainya. Semoga artikel ini iaitu Kenali Gigitan Serangga Dan Kesannya bermanfaat kepada semua pembaca.

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.