Kekalkan Kesihatan Anda, Bagaimana?

In KESIHATAN

Kesihatan adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Sebenarnya untuk kekalkan kesihatan bukannya susah namun apabila kita kehilangan nikmat kesihatan baru kita sedar yang selama ini kita tidak mengambil tahu tentang kesihatan kita. Untuk mengekalkan tahap kesihatan, di sini saya akan kongsikan beberapa tips dan panduan agar badan kita kekal sihat dan bertenaga.

Tips Kekalkan Kesihatan

1. Diet Sihat

Buah Dan Sayuran – Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Diet yang sihat adalah menu yang penuh dengan nutrisi, vitamin dan meneral. Untuk mendapatkan nutrisi, vitamin dan meneral dengan mudah adalah dengan memakan sayuran dan buah selain kalori yang rendah.

Namun untuk memilih sayuran ataupun buah, mestilah pilih yang benar-benar segar tanpa bahan pengawet ataupun pilih yang tidak terdedah dengan racun perosak.

Daging, Produk Tenusu dan Bijirin – Selain daripada sayuran dan buah, masukkan juga menu daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan bijirin penuh. Seperti yang kita ketahui tubuh kita memerlukan sejumlah protein untuk kekal sihat dan daging, produk tenusu serta bijirin dapat membekalkan protein yang cukup untuk kekal sihat.

Contoh daging yang harus diambil adalah daging putih (daging ayam tanpa kulit). Selain itu produk tenusu pula adalah seperti keju, yogurt, pasta coklat dan oat. Bijirin pula, apa-apa bijirin cuma elakkan bijirin putih kerana ianya telah dipersos dan hanya mempunyai karbohidrat kosong.

Elakkan Makanan Segera – Perlu dan harus elakkan makanan ini kerana kurang khasiat dan boleh membahayakan kesihatan terutamanya kanak-kanak. Kebanyakkan makanan fastfood mengandungi banyak bahan-bahan yang bahaya seperti pengawet, kandungan gula dan garam yang tinggi dan jika diamalkan selalu akan memudaratkan kesihatan. Kebiasaannya penyakit yang selalu menyerang akibat gemar memakan makan segera adalah masalah obesiti, tekanan darah yang tidak terkawal dan kerosakan buah pinggang.

Minum Air Secukupnya – Keajaiban air putih ataupun air kosong adalah dapat mengekalkan kesihatan sesorang apabila meminumnya. Hampir 70% dalam tubuh kita membuntuhkan air untuk menjalankan fungsinya. Bayangkan sekiranya tubuh kekurangan air, tentu organ dalam badan kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Fakta Menarik: Air sejuk sebenarnya dapat meningkatkan metabolisme anda sehingga 30% selama 10-40 minit. Air sejuk juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Gaya Hidup Sihat

Bersukan – Gaya hidup yang tidak aktif adalah salah satu faktor penyumbang kepada tubuh yang tidak sihat. Seharusnya badan kita perlu untuk lebih aktif seperti bersukan. Amalan bersukan sudah terbukti dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Bagi yang tidak mempunyai masa untuk bersukan, pilihan yang tepat adalah melakukan apa-apa gerakan sehinga mengeluarkan peluh seperti berjalan atau berlari. Lakukan aktiviti bersukan 3 kali seminggu selama 30 minit satu sesi untuk kekalkan tubuh yang sihat.

Alkohol Dan Rokok – Perlu elakkan meminum alkohol dan merokok kerana keduanya amalan yang tidak berfaedah kepada kesihatan. Selain memudaratkan kesihatan, rokok dapat membahayakan orang sekeliling terutamanya keluarga kerana kandungan asap pada rokok membahayakan tubuh.

Berjumpa Doktor – Sentiasalah peka pada kesihatan tubuh kita dan buatlah pemeriksaan berkala walaupun merasakan diri masih sihat. Ini kerana kita tidak menyedari apa-apa penyakit dalam tubuh kita sehingga kita pergi ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan.

Berfikiran Positif – Selain daripada faktor di atas, kesihatan mental juga banyak mempengaruhi kesihatan diri. Untuk kekalkan kesihatan yang ideal, perlu banyakkan berfikiran positif dan sentiasa menyelesaikan masalah dengan bijak dan sabar. Selain dari itu, perlu untuk berriadah di hujung minggu atau waktu cuti bersama keluarga dan lupakan segala kerja yang belum selesai agar mendapat kesihatan minda yang baik.

Fakta Menarik: Dengan senyuman, dapat membantu anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Pencipta

Beribadat – Seperti yang telah dijelaskan diatas tadi, kesihatan mental juga mempengaruhi kesihatan tubuh dan dengan beribadat mampu menenangkan fikiran kita. Seperti solat, selain dapat mendekatkan diri kita pada ALLAH SWT dan menjadikan diri kita sentiasa dalam keadaan damai. Selain itu pergerakan solat juga dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Baca Juga: Pengetahuan sains dalam pergerakan solat

Semoga perkongsian di atas iaitu Kekalkan Kesihatan Anda dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca..

Baca Juga: Lakukan hal ini agar anda sentiasa sihat

You may also read!

Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

Pernah membeli barang di Shopee? bagi yang biasa shoping di Platform Shopee mungkin tidak mempunyai masalah untuk membeli atau

Read More...
Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu