Kebaikan Multivitamin Pada Anak

In KESIHATAN

Kebaikan Multivitamin Pada Anak – Kebaikan multivitamin sememangnya sudah diketahui umum. Multivitamin adalah satu suplimen ataupun makan tambahan untuk melengkapkan nutrisi dalam tubuh termasuklah kanak-kanak. Selain itu, multivitamin diformulasi dengan pelbagai vitamin dan mineral yang mempunyai banyak manfaat pada kesihatan.

Antara kandungan dalam multivatimin yang penting termasuklah vitamin B12 untuk penghasilan sel darah merah, Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan, vitamin D untuk penyerapan dan kegunaan kalsium dan fosforus, zinc untuk pertumbuhan.

Namun vitamin yang sangat baik dan disyorkan adalah makan seimbang iaitu banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya lebih organik dan 100% selamat untuk dimakan. Namun dengan kesibukan atau pemilihan makanan terutamanya kanak-kanak mendorong kita sebagai ibubapa untuk memberikan multivitamin kepada anak bagi melengkapkan vitamin dan mineral yang diperlukan kepada mereka.

Baca Juga: Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Kebaikan Multivitamin Pada Anak

  • Kalsium: Kalsium daripada multivatin berguna untuk pembentukan dan menguatkan tulang dikalangan kanak-kanak.
  • Zat Besi: Zat besi merupakan mineral yang sangat penting untuk anak kita. Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah. Jika kekurangan zat ini, organ tidak menerima oksigen yang secukupnya melalui darah. kekurangan Zat besi antara yang paling biasa di kalangan kanak-kanak.
  • Zink: Sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Zink dapat membantu dalam pembinaan tulang yang kuat dan penting untuk struktur dan fungsi otak. Sekiranya kanak-kanak tidak mendapat secukupnya l, akan menggangu dan memberi kesan terhadap fokus, pembelajaran dan daya tumpuan.
  • Magnesium: Begitu penting dalam menyokong sistem imun dan mengekalkan fungsi saraf dan otot pada kanak-kanak untuk kecergasan.
  • Vitamin C: Melindungi sel kanak-kanak daripada radikal bebas serta membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga menguatkan tisu dan otot serta memberi kesihatan kulit pada kanak-kanak.
  • Vitamin E: Melawan Radikal Bebas dan Mencegah Pembentukan Penyakit. Selain itu vitamin E mampu meningkatkan tenaga fizikal dan kekuatan otot pada kanak-kanak.
  • Vitamin A: Meningkatkan kesihatan mata agar lebih baik serta menyihatkan kulit

Berdasarkan kebaikan-kebaikan multivitamin di atas, kandungan multivitamin berguna kepada pembentukan dan kesihatan anak kita. Walaubagaimanapun penggunaan multivitamin harus berhati-hati agar tidak mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan kepada kanak-kanak. Untuk memastikan keselamatan penggunaan dan mendapat kebaikan multivatimin, dapatkan nasihat daripada doktor untuk kepastian.

 

 

 

You may also read!

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...
7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

Apakah itu Stress? Adakah Stress itu bahaya? menurut Portal http://www.myhealth.gov.my Stress adalah - Stres atau tekanan adalah

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu