Info Penyakit Hepatitis C

Sharing is caring!

Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Penyakit Hepatitis C  menyebabkan keradangan pada hati dan  pada peringkat awal penyakit ini sukar dikesan.

Terdapat beberapa genotip untuk virus hepatitis C:
• Genotip berlainan, jangkamasa rawatan pun berlainan
• Genotip 1, 4, 5, 6: 1 tahun/48 minggu
• Genotip 2, 3: 6 bulan/24 minggu

Penyakit Hepatitis C berkembang berperingkat dengan perlahan dan mengambil masa 10 tahun untuk berkembang. Terdapat 4 peringkat perkembangan penyakit ini iaitu:

1. Peringkat pertama (ringan).

peringkat ini mengalami keradangan pada hati dan parut mula terbentuk dihati namun hati masih berfungsi seperti biasa.

2. Peringkat kedua & ketiga (sederhana dan teruk).

peringkat ini parut-parut semakin bertambah dan banyak tisu hati rosak. pada peringkat ini hati masih berfungsi.

3. Peringkat keempat (Sirosis)

kebanyakan tisu hati telah diganti oleh parut tisu. Komplikasi hati berlaku: jaundis, asites (pengumpulan cecair di dalam ruang peritoneal), pendarahan pada varices, HCC (barah hati). Hati kemungkinan akan berhenti menjalankan
fungsinya.

 

Penularan

Penyakit Hepatitis C boleh menular melalui pemindahan organ, tercucuk jarum, bertatu, berkongsi peralatan tajam seperti pencukur, berus gigi.

Hubungan seks yang tidak
dilindungi/hubungan seks yang berisiko tinggi, daripada ibu kepada anak (risiko jangkitan adalah rendah), hemodialisis.

Penyakit ini tidak berjangkit melalui sentuhan sosial seperti bersentuhan, memegang tangan dan ciuman tidak menyebabkan virus tersebar. bersin fan batuk juga tidak menyebabkan penyakit ini merebak.

Fakta

 

Transfusi darah
• Pemindahan organ
• Bertindik, bertatu, akupuntur
• Berkongsi peralatan tajam
(berus gigi, pencukur dll.)
• Berkongsi jarum/peralatan
pergigian yang tidak steril.
• Hubungan seks yang tidak
dilindungi/hubungan seks yang
berisiko tinggi (kemungkinan
menyebabkan pendarahan)
• Melalui ibu hamil kepada anak
• Hemodialisis jangka panjang

 

Tanggapan salah

• Berkongsi peralatan makanan
• Bersin/batuk
• Aktiviti fizikal
(tiada sentuhan darah)
• Aktiviti sosial

 

Langkah pencegahan

• Tidak menderma darah/organ kerana ia mungkin
mengandungi virus hepatitis C
• Menutup/membalut luka yang berdarah
• Menggunakan kondom semasa hubungan seks
• Memberitahu orang yang berkemungkinan menyentuh darah/bendalir badan anda
(contohnya: doktor)
• Tidak berkongsi jarum atau alat dandanan diri (pencukur).                                                          • Tidak menderma darah dan organ.
• Elakkan menyentuh darah yang
dijangkiti virus (balut luka yang terbuka
dan rawat luka itu sendiri).
• Bersihkan sendiri kawasan yang terkena
darah anda (jika boleh).
• Beritahu orang yang berkemungkinan
menyentuh darah/cecair badan anda.
• Mengamalkan hubungan seks yang
dilindungi (contoh: menggunakan
kondom).
• Tidak berkongsi jarum atau alat
dandanan diri (contoh: pencukur dan
berus gigi).

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *