kesan buruk telefon bimbit kepada anak

Sharing is caring!

Telefon bimbit merupakan teknologi dan kemudahan yang ada pada masa kini yang wajib ada setiap individu termasuk la kanak-kanak. Ada ibu bapa memberikan anak mereka telefon bimbit seawal bayi lagi. Pelbagai alasan mereka contohnya anak meragam, untuk menghentikan menangis, menghiburkan dan sebagainya tanpa mengira kesan buruk jangka masa panjang. Sepatutnya ibu bapa wajib tahu kesan buruk telefon bimbit terhadap anak mereka suatu hari nanti.

Kesan Buruk Telefon Bimbit Terhadap Anak

1. Kurang Tumpuan

Kanak-kanak yang didedahkan dengan telefon bimbit akan melemahkan daya tumpuan mereka. Ini kerana tumpuan mereka hanya pada gadget dan tidak hirau di sekelilingnya.

2.  Anak Jadi Lembab

Seperti yang kita maklum, anak kecil perlukan berinteraksi dengan manusia sekitarnya agar proses perkembangan anak menjadi normal. Namun sekiranya didedahkan dengan telefon akan membuatkan anak menjadi terbantut dan lembab kerana kanak-kanak perlu melalui proses menilai, ingatan, melihat dan berfikir.

3. Kemahiran Berkomunikasi

Jika anak kecil selalu terdedah dengan telefon bimbit dan kurang berkomunikasi akan menyebabkan anak lambat bercakap. Berkomunikasi penting pada anak yang masih kecil agar kemahiran berinteraksi atau bercakap lebih tinggi. Masa kini seperti yang kita hadapi atau lihat sendiri, kanak-kanak umur di Pra sekolah masih kurang kemahiran berkomunikasi.

4. Suka Mengamuk.

Satu kebiasaan yang kita lihat adalah tabiat kanak-kanak yang suka mengamuk apabila ibu bapa tidak memberikan telefon kepada mereka. Oleh kerana sudah ketagih bermain permainan atau menonton video di telefon, anak akan sedaya upaya akan minta telefon daripada ibu bapa dan kalau tidak diberi, mereka akan meronta-ronta dan mengamuk.

5. Tidak Aktif.

Salah satu yang menjadikan anak kita sihat dari segi fizikal dan mental kerana kelincahan mereka dan aktif beraktiviti. Namun ia dibatasi oleh telefon atau gadget menyebabkan mereka tidak aktif kerana. Banyak kemungkinan anak boleh kegemukan kerana kurangnya aktiviti.

6. Gangguan Tidur

Skrin pada telefon bimbit mengeluarkan satu cahaya iaitu Bluelight. Cahaya ini boleh menggangu pengeluaran hormon melatonin yang berfungsi mengawal tidur kita. Jadi tidak hairanlah anak susah nak lelapkan mata di malam hari. Selain dari itu gangguan tidur boleh terjadi kerana ingatan pada gadget terutamnya permainan di dalamnya masih dalam ingatan kanak-kanak tersebut.

7. Kesan Terhadap Otak

Berbagai kajian yang telah dibuat di mana radiasi daripada telefon bimbit boleh menyebabkan Barah otak. Mungkin kerana kanak-kanak lebih menyerap radiasi sebanyak 60% berbanding orang dewasa.

Kesimpulan

Tanggungjawab ibu bapa lah yang sangat penting dan memainkan peranan utama dalam membentuk diri anak-anak mereka. ‘Kanak-kanak tanpa gadget’ adalah satu ungkapan yang paling tepat. Namun, Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul.. kadang-kadang payah untuk melayan karenah anak, mungkin pilihan yang ada ialah meminjamkan telefon dengan menghadkan masa atau dengan kawalan atau pengawasan.

Baca Juga: Kesan Buruk Telefon Bimbit Kepada Masyarakat Yang Wajib Anda Tahu

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *