Sharing is caring!

Fakta Buah Epal: Faedah Kesihatan Dan Penyelidikan – Apa yang menjadikan buah ini begitu istemewa sekali? Apa faedah kesihatan yang berkaitan apabila kita makan buah ini?

Buah epal adalah buah yang paling banyak ditanam dan dimakan diseluruh dunia serta buah yang sering dipuji kerana keajaibannya termasuklah faedah kesihatan.

Tahukah anda bahawa buah epal mengungguli carta tempat pertama dari 10 makanan paling sihat. Buah epal sangat kaya dengan antioksidan penting, flavanoid, dan serat pemakanan. Selain itu fitonutrien dan antioksidan yang terkandung di dalam buah epal dapat membantu mengurangkan risiko kanser, hipertensi, diabetes, dan penyakit jantung.

Baca Juga: Khasiat Dan Manfaat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

Buah Epal: Faedah Kesihatan

Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik, bahawa buah ini salah satu makanan yang paling sihat untuk dimasukkan ke dalam menu diet kita seharian. Mari kita lihat cadangan mereka terhadap faedah kesihatan dan manfaat kesihatan apabila memakan buah epal.

Memperbaiki Kesihatan Saraf

Satu kajian telah dilakukan pada tahun 2006 yang diterbitkan didalam Jurnal Biologi Ekspermental dan Perubatan, mendapati quercetin ( antioksidan yang banyak terkandung di dalam buah epal) adalah salah satu sebatian yang mengurangkan kematian sel mati dalam tubuh.

Ada satu lagi kajian yang dibuat dan dibentangkan pada persidangan yang sama dan diterbitkan dalam Journal Of Alzheimer’s. Kajian mereka adalah, penggunaan jus epal dapat meningkatkan ingatan. Ujian telah dibuat kepada haiwan tikus yang mempunyai gejala alzheimer.

Mencegah Demensia

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Food Science pada tahun 2008 menunjukkan bahawa makan epal bermanfaat untuk kesihatan berkaitan dengan saraf.

Jika buah epal dimasukkan ke menu diet harian kita, para penyelidik mendapati kandungan buah epal mampu mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer.

Mengurangkan risiko strok

Satu kajian telah dilakukan yang melibatkan seramai 9,208 lelaki dan wanita. Kajian tersebut menunjukkan bahawa mereka yang memakan buah epal paling banyak dalam tempoh 28 tahun mempunyai risiko mendapat penyakit strok yang rendah

Menurunkan Kolesterol Jahat

Sekumpulan penyelidik di The Florida State University menyatakan bahawa epal adalah “buah ajaib”.
Mereka mendapati bahawa wanita tua yang makan epal sehari-hari mempunyai 23% kolesterol jahat (LDL) dan 4% lebih kolesterol baik (HDL) selepas hanya enam bulan.

Mengurangkan Risiko Diabetes

Buah epal juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes. Satu kajian yang membabitkan 187,382 orang mendapati bahawa orang yang makan tiga hidangan setiap minggu epal, anggur, kismis, blueberry atau pear mempunyai risiko 7% lebih rendah untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak memakannya.

Mencegah kanser payudara

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa memakan buah epal sehari boleh membantu mencegah kanser payudara, menurut satu siri kajian yang dilakukan oleh pengkaji Cornell terkemuka Rui Hai Liu.
Liu berkata penyelidikannya menambah “bukti semakin meningkat bahawa peningkatan penggunaan buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk epal, akan memberi pengguna lebih fenolik, yang terbukti mempunyai manfaat kesihatan yang penting. Saya akan menggalakkan pengguna untuk makan lebih banyak dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari – menurut beliau.

Obesiti

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Chemistry iaitu pada tahun 2014, satu pasukan penyelidik menganalisis bagaimana sebatian bioaktif tujuh jenis apel yang berbeza – Granny Smith, Braeburn, Fuji, Gala, Golden Delicious, McIntosh dan Red Delicious – mempengaruhi bakteria usus baik pada tikus obes yang disebabkan oleh diet.
Para penyelidik mendapati bahawa, berbanding dengan semua jenis epal lain, Buah epal jenis Granny Smiths mempunyai kesan yang paling baik kepada bakteria baik pada usus. Ini dapat mengurangkan obesiti. Seperti yang kita tahu juga, buah-buahan sangat baik pada tubuh dan mempunyai banyak serat untuk membantu sistem pencernaan yang baik dan lancar.

Kandungan Nutrisi Buah Epal

Banyak kandungan nutrisi penting pada buah epal di antaranya ialah:

Vitamin C – antioksidan semulajadi yang kuat yang mampu menyekat beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap agen berjangkit, menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland.1
Vitamin B-kompleks (riboflavin, thiamin, dan vitamin B-6) – vitamin ini adalah kunci dalam mengekalkan sel darah merah dan sistem saraf dalam keadaan yang baik.
Serat pemakanan – Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan British2 mengatakan bahawa diet serat yang tinggi boleh membantu mencegah perkembangan penyakit tertentu dan boleh membantu menghalang jumlah kolesterol jahat dalam darah daripada meningkat.
Phytonutrients – epal kaya dengan sebatian polifenolik “. Phytonutrients ini membantu melindungi tubuh dari kesan buruk radikal bebas.
3 Mineral – seperti kalsium, kalium, dan fosforus.
Itulah Fakta Buah Epal yang mempunyai faedah kesihatan serta beberapa penyelidikan telah di buat. Seperti yang kita ketahui, buah-buahan banyak memberi manfaat dan faedah kesihatan kepada kita semua termasuk buah epal. Amalkan memakan buah-buahan sebelum makan agar mendapat manfaat daripadanya. Semoga entri kali ini dapat memberi info serta manfaat kepada pembaca.
sumber info dan fakta ini bukan di reka tapi diambil daripada www.medicaknewstoday.com

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *