Dua Pilihan Untuk Berjaya Dalam Kehidupan

In MOTIVASI
Pilihan Untuk Berjaya Dalam Kehidupan

Entry kali ini saya akan kupas tentang Dua Pilihan Untuk Berjaya Dalam Kehidupan. Maksudnya bagaimana cara membuat pilihan untuk target menuju cita-cita atau impian. Ok pilihan ada dua iaitu,  Kerja makan gaji atau kerja sendiri? mana satu pilihan anda? Bagi pendapat saya, kedua-dua pilihan ini boleh berjaya jika pandai merancang dari awal.

Pernahkah kita lihat sekeliling kita? lihat yang terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat serta jiran-jiran. Apa kerjaya mereka? adakah mereka berjaya?. Tentu banyak yang berjaya bukan. Di sini kita akan bincang yang mana satu pililah kita. sama ada anda cendrung kerja sendiri ataupun makan gaji.

Minat Anda Kecenderungan

Perkara yang paling penting adalah, Sebelum menentukan pilihan perlu lihat pada kecenderungan diri dan minat. Minat dan Kecenderungan yang menentukan kerjaya akan datang. Contohnya tiada minat pada sesuatu tentu satu hari nanti akan bosan dan akan meninggalkan kerjaya tersebut berbanding dengan yang ada minat.

Pilihan Pertama (Dua Pilihan Untuk Berjaya Dalam Kehidupan)

Jika anda seorang yang malas atau tidak suka berkerja sendiri mungkin disebabkan tidak suka memerah tenaga, mungkin opsyen anda adalah berkerja di sektor kerajaan atau swasta. maka apa yang perlu difokuskan adalah Akademik. Ada sesetengah orang atau contoh anak kita sendiri selepas sahaja habis SPM, mereka tidak sabar untuk menyambung pelajaran sama ada di peringkat STPM atau pun Mertikulasi. Maka apa yang perlu kita lalukan adalah menyokong dan memberi dorongan pada mereka.

Pilihan Kedua (Dua Pilihan Untuk Berjaya Dalam Kehidupan)

Jika suka pada kemahiran dan tiada minat belajar anda perlu fokuskan pada kemahiran. Sama ada mengambil kemahiran seperti Giat Mara atau kerja di sesebuah premis seperti bengkel-bengkel kereta dan sebagainya. Di sana anda boleh mengembangkan kemahiran dan mendapat skil. Satu hari nanti apabila sudah mahir bolehlah membuka kedai atau bengkel sendiri.

Dua pilihan untuk berjaya dalam kehidupan ini adalah pilihan yang baik dan mempunyai peluang yang luas. Tetapi perlu diiringi dengan kesenguhan dan doa serta usaha dari awal lagi. Entri ini mungkin berguna pada pelajar-pelajar dan juga ibu bapa untuk anak-anak mereka membuat pilihan.

 

 

You may also read!

PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit

Read More...

APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka

Read More...

Penyakit Ain Dalam Islam, Tanda, Punca Dan Penawar

Pernahkah anda dengar penyakit ain? mesti ramai yang tidak mengetahui penyakit ini bukan? Penyakit Ain bukannya penyakit biasa yang

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu