Doa Ikhtiar Kesembuhan Penyakit

Sharing is caring!

Doa Ikhtiar Kesembuhan Penyakit.  Kesihatan adalah satu anugerah dan nikmat daripada Allah S.W.T. yang tidak terhingga harganya.. setiap insan inginkan kesihatan yang berpanjangan agar dapat hidup dengan penuh nikmat.

namun banyak daripada kita menghidapi penyakit bahkan penyakit kronik. Musibah berupa penyakit juga satu kasih sayang Allah kepada kita agar sentiasa dekat padanya..

ketika kita sakit yakinlah bahawa Allah menguji kita agar kita sentiasa sabar, bersyukur dan berikhtiar mencari kesembuhan penyakit.

“Tidaklah Allah menurunkan suatu PENYAKIT, melainkan Allah juga menurunkan UBATnya” 
sabda Rasulullah SAW menurut Abu Hurairah RA (Sahih Bukhari No. 5354).

“Setiap penyakit ada ubatnya. 
Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah”
sabda Rasulullah SAW menurut Jabbir Bin Abdillah RA (Sahih Muslim no. 2204)
Kesembuhan penyakit adalah milik Allah S.W.T. kita hendaklah mencari penawar penyakit dan janganlah pula berubat dengan bahan-bahan atau kaedah yang dilarang dalam agama Islam.
Salah satu ikhtiar kesembuhan penyakit adalah doa. Berdoalah kepada Allah dengan ikhlas dan yakin penyakit itu datang daripada Allah dan kesembuhan juga daripada Allah.
Doa Kesembuhan Penyakit 1
ALLAHUMMA ROBBANNASI ADZHIBILBA’ SA ISYFI ANTASYSYAFI LA SYIFAUKA SYIFA’ AN LA YUGHODIRU SAQOMA.
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun.
Dari Aisyah ra. Bahwasannya Nabi Muhammad SAW membacakan doa kesembuhan kepada sebagian keluarganya dengan mengusapkan tangan kanannya seraya berdoa, “Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Doa Kesembuhan Penyakit 2
“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim).
Sebenarnya banyak lagi doa ikhtiar kesembuhan penyakit tetapi cukup saya kongsikan 2 sahaja. yang paling penting keyakinan bahawa doa adalah asbab penyakit sembuh kerana yang menyembuhkan adalah hanya Allah S.W.T.
Cara Berdoa
Lebih afdal selepas solat, niatkan di dalam hati mohon kesembuhan dari Allah S.W.T dan yakin penyakit daripada Allah S.W.T dan kesembuhan juga daripada Allah S.W.T.
Istigfar 3x..
Selawat 3x
mengucap 3x
Baca surah Afatihah dan selepas itu baca doa di atas dengan penuh keyakinan..
saya memohon maaf sekiranya ada kesilapan atau kekurangan posting ini. kalau ada teguran boleh kemukakan diruangan komen.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *